sfhzuraz Publish time 28-4-2025 01:57 PM

Sivasangari, Eain Yow, Rachel sekadar naib juara

Sivasangari, Eain Yow, Rachel sekadar naib juara

April 28, 2025 @ 1:03pm




https://assets.bharian.com.my/images/articles/skuas28425_1745816616.jpg
S Sivasangari (kiri) gagal menyaingi Nouran Gohar dari Mesir pada final Piala Grasshopper di Zurich, awal pagi tadi. – Foto PSA Squash Tour


KUALA LUMPUR: Nasib nyata tidak menyebelahi tiga pemain skuasy negara apabila mereka sekadar muncul naib juara pada tiga final dua kejohanan berbeza di Zurich dan Washington awal pagi tadi.
Bintang wanita negara S Sivasangari gagal merebut gelaran juara apbila dia tewas kepada pemain nombor satu dunia Nouran Gohar dari Mesir pada perlawanan akhir Piala Grasshopper 2025 di Zurich.
Sivasangari, yang layak ke final kejohanan bertaraf Emas kali kedua tahun ini selepas bergelar juara Klasik London, kecundang 7-11, 12-14, 9-11 dalam tempoh 43 minit.
Eain Yow turut gagal melakar nama sebagai juara Terbuka Squash On Fire di Washington apabila dia tunduk di tangan pilihan utama dari England, Marwan Elshorbagy 9-11, 9-11, 5-11 dalam masa 38 minit.
Turut mengalami nasib sama, perseorangan wanita Rachel Arnold yang kalah kepada pemain tuan rumah Amanda Sobhy 4-11, 3-11, 11-9, 9-11 di final. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/04/1389708/sivasangari-eain-yow-rachel-sekadar-naib-juara




Pages: [1]
View full version: Sivasangari, Eain Yow, Rachel sekadar naib juara


ADVERTISEMENT