Di mana Irdina Syifa?
Di mana Irdina Syifa?Zuhainy [email protected]
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM280425srte_1745807830.jpg
IRDINA Syifa Mohd Khairi, 22, yang dilapor hilang sejak 12 April lalu. FOTO Ihsan PDRM
Georgetown: Polis mengesan wanita berusia 22 tahun yang dilapor hilang sejak 12 April lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, wanita berkenaan, Irdina Syifa Mohd Khairi mempunyai ketinggian 160 sentimeter.
"Kali terakhir wanita berkenaan dilihat keluar dari rumah pada 12 April lalu.
"Sehubungan itu polis memohon kerjasama orang awam yang terlihat atau mempunyai maklumat berkaitan individu berkenaan supaya hubungi talian 019-9337026 atau Balai Polis Sungai Nibong (04-6430222)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Disiarkan pada: April 28, 2025 @ 10:37am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1212535/di-mana-irdina-syifa
Pages:
[1]