Rumah terbakar, 6 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang
Rumah terbakar, 6 sekeluarga tinggal sehelai sepinggangOleh Zuliaty Zulkiffli - April 28, 2025 @ 8:40am
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bakar_baling_1745800829.jpg
Anggota Bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah yang didiami enam sekeluarga di Kampung Seberang Pekan, Baling malam tadi. - Foto BOMBA
BALING: Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Seberang Pekan, di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.
Pasangan suami isteri berusia 73 tahun bersama ahli keluarganya termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan 11 tahun dipercayai baru pulang dari Masjid Baling sebelum mendapati rumah mereka terbakar.
Bomba terima panggilan kebakaran jam 9.07 malam tadi. Operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Lalang, Kuala Ketil dengan kekuatan 15 anggota.
Operasi pemadaman mengambil masa hampir satu jam untuk memastikan api dapat dipadam sepenuhnya serta mengawal kebakaran daripada merebak.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1389589/rumah-terbakar-6-sekeluarga-tinggal-sehelai-sepinggang
Pages:
[1]