sfhzuraz Publish time 28-4-2025 10:31 AM

Sebuah lagi kilang proses ayam diarah henti operasi

Sebuah lagi kilang proses ayam diarah henti operasi

Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 28, 2025 @ 7:59am



https://assets.bharian.com.my/images/articles/keilang2_1745798364.jpg
Pegawai JAS Kedah melakukan pemeriksaan di sebuah kilang memproses ayam yang diarah menghentikan operasi, semalam. - Foto JAS Kedah


KULIM: Sebuah lagi kilang memproses ayam di daerah ini diarah menghentikan operasi serta-merta kerana gagal membina Sistem Rawatan Efluen Industri bagi merawat air sisa sembelihan ayam.
Pengarah Alam Sekitar (JAS) Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pemeriksaan di kilang terbabit di Taman Industri Waja dekat ini mendapati, premis mengalirkan air sisa buangan tanpa rawatan.
Premis itu dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/keilang_1745798367.jpg
Pegawai JAS Kedah menampal notis arahan sebuah kilang proses ayam hentikan operasi serta merta. - Foto JAS Kedah


"Ini berikutan tindakan yang gagal mengadakan Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian dalam premis sewaktu aktiviti memproses ayam mentah dilakukan.
"Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku.
"Premis diarahkan menghentikan operasi supaya langkah-langkah pembaikan dapat dilakukan segera bagi mengawal pencemaran," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, premis akan dibenarkan beroperasi kembali selepas pihaknya berpuas hati dengan tindakan pembaikan yang diambil oleh premis.
"Orang ramai diminta melaporkan aktiviti pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke [email protected]," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1389573/sebuah-lagi-kilang-proses-ayam-diarah-henti-operasi





Pages: [1]
View full version: Sebuah lagi kilang proses ayam diarah henti operasi


ADVERTISEMENT