sfhzuraz Publish time 28-4-2025 03:28 AM

Pesara akhirnya dinobat juara selepas 38 tahun memancing

Pesara akhirnya dinobat juara selepas 38 tahun memancing

WARTAWAN SINAR HARIAN
27 April 2025 02:41pm



https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/04/27/3102155.webp
Wan Mohd Fitri (kiri) bersama Mohd Razali (dua dari kanan) dan Muhammad Hariz (dua dari kiri) serta Zul Aiman yang memenangi Terbuka Perlis 2025 pada Sabtu.


PERLIS - Selepas lebih 38 tahun menyertai pertandingan memancing, seorang pesara dari Manjung, Perak akhirnya muncul juara Terbuka Perlis 2025.
Ikan belukang seberat 1.219 kilogram (kg) yang dipancing Mohd Razali Ali, 62, di Pantai Kuala Sungai Baru, Perlis pada Sabtu, membawa tuah apabila diisytiharkan juara selepas mengatasi hampir 300 peserta lain.

Mohd Razali berkata, dia mula menyertai acara memancing pada 1996, namun rezeki tidak berpihak kepadanya.
“Saya tak pernah kecewa dan terus mencuba walaupun sudah beribu-ribu ringgit dibelanjakan sejak 38 tahun lalu untuk menyertai acara memancing.


https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/04/27/3102154.webp
Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam Terbuka Perlis 2025 di Pantai Kuala Sungai Baru pada Sabtu.


“Demi minat, saya telah menjelajah ke seluruh negara setiap kali acara memancing dianjurkan,’’ katanya yang ditemani isteri dan seorang rakannya dari Perak untuk ke Perlis.
Kemenangan Mohd Razali itu turut diiringi tuah apabila seekor ikan seberat 1.98kg dibatalkan penganjur apabila dinaikkan selepas hon penamat dibunyikan.
Dengan kemenangan itu, dia membawa pulang wang tunai RM6,000 yang disampaikan oleh Presiden Kelab Memancing Geng Pancing Unik (GPU), Wan Mohd Fitri Wan Shahidan.

Tempat kedua disandang oleh Zul Aiman Zaidi, 19, dari Perlis yang menaikkan belukang 1.168kg, manakala Muhammad Hariz Idris, 22, dari Pulau Pinang mendapat tempat ketiga apabila menjinakkan belukang seberat 1.068kg.
Zul Aiman yang merupakan pelajar Universiti Malaysia Perlis membawa pulang wang tunai RM1,500 manakala Muhammad Hariz, seorang pekerja kilang di Pulau Pinang menerima RM700.

https://www.sinarharian.com.my/article/725368/edisi/utara/pesara-akhirnya-dinobat-juara-selepas-38-tahun-memancing

Pages: [1]
View full version: Pesara akhirnya dinobat juara selepas 38 tahun memancing


ADVERTISEMENT