sfhzuraz Publish time 28-4-2025 12:45 AM

Hubungan Malaysia-AS perlu kekal sederhana dalam isu tarif timbal balik

Hubungan Malaysia-AS perlu kekal sederhana dalam isu tarif timbal balik

Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Aizat Sharif - April 27, 2025 @ 6:29pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bendera-mas-as_1745749849.jpg



KANGAR: Hubungan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) perlu kekal sederhana dalam menyelesaikan isu tarif timbal balik yang mahu dikenakan negara terbabit, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada negara termasuk AS boleh menetapkan sebarang tarif dalam perdagangan mengikut kehendak mereka sehingga menjejaskan ekonomi negara lain.
Berikutan itu tegasnya, rundingan sedang dilakukan antara Malaysia dan AS bagi menyelesaikan kemelut berkenaan, sekali gus memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia terjamin.
"Dalam kita melakukan perubahan dalam negara, kita dikejutkan dengan tarif dikenakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melalui kenaikan tarif.
"Tarif maknanya barangan Malaysia yang hendak dibawa ke AS menjadi lebih mahal, jadi ia akan menjadi masalah kepada ekonomi Malaysia.
"Setakat ini ia ditangguhkan 90 hari membolehkan kita bernafas sebentar kerana negara jiran Thailand, Kemboja, Vietnam, Indonesia dikenakan tarif jauh lebih tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di sini, hari ini.
Turut berangkat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail; Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddn Nasution Ismail.
Mengulas lanjut, Anwar berkata sebarang perubahan dalam tarif timbal balik yang dikenakan AS mampu menjejaskan sektor semikonduktor tempatan berikutan Malaysia antara pengeluar utama peralatan itu.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/BH27kperlis_1745749733.jpg
Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Dataran Kuala Perlis, hari ini. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir
Katanya, berikutan itu hubungan Malaysia dan AS perlu kekal terjalin bagi memastikan sebarang perubahan tidak menjejaskan masa hadapan dan rakyat negara ini.
"Kita adalah negara yang mengeluarkan semikonduktor yang besar, Malaysia negara pengeluar terbesar di dunia dengan eksport kita 60 peratus ke AS bernilai lebih RM140 bilion.
"Disebabkan itu hubungan Malaysia dan AS serta negara lain harus kekal sederhana supaya ia tidak menjejaskan kehidupan rakyat, pekerjaan mereka dan pertumbuhan ekonomi negara.
"Untuk apa pertumbuhan ekonomi ini? Untuk pastikan keselesaan pada rakyat, bagi menangani masalah ini kita hantar dua menteri untuk berunding bersama AS agar mereka faham dan suatu tindakan keputuan lebih adil diambil bersama," katanya.
Berikutan itu, beliau menjelaskan Malaysia sama sekali tidak bersetuju dengan tarif yang mahu dikenakan AS kerana ia tidak boleh ditetapkan secara bersendirian oleh negara terbabit.
"Kita boleh tanya adakah Malaysia setuju dengan tarif ini? Kita tidak setuju kerana Malaysia negara dagang dan tidak ada negara waima AS menetapkan sebarang tarif sewenang-wenang secara unilateral.
"Kita terikat dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) secara multilateral kerana kita gabung dengan negara lain, tetapi kita kena terima kenyataan dan tangani isu ini dengan bijaksana," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1389479/hubungan-malaysia-perlu-kekal-sederhana-dalam-isu-tarif-timbal-balik




Pages: [1]
View full version: Hubungan Malaysia-AS perlu kekal sederhana dalam isu tarif timbal balik


ADVERTISEMENT