sfhzuraz Publish time 27-4-2025 11:17 PM

Alex Marquez raih kemenangan sulung MotoGP

Alex Marquez raih kemenangan sulung MotoGP

April 27, 2025 @ 9:51pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/alvwrgk24gd_1745761886.jpg
Pelumba BK8 Gresini Racing, Alex Marquez bersama trofi MotoGP pertamanya selepas memenangi perlumbaan di Circuito de Jerez, Jerez, Sepanyol. - Foto REUTERS


JEREZ, Sepanyol: Pelumba Gresini Racing, Alex Marquez meraih kemenangan sulungnya dalam perlumbaan MotoGP di Grand Prix Sepanyol sekali gus memintas abangnya, Marc di tangga teratas kejuaraan selepas pelumba itu terbabas di awal perlumbaan dan menamatkan saingan di tempat ke-12.
Selepas tujuh kali di tempat kedua dalam acara pecut dan perlumbaan, Alex akhirnya menang di laman sendiri di hadapan lebih 100,000 peminat, dengan pelumba Sepanyol itu meminta penyokong bersorak lebih kuat ketika perlumbaan berbaki beberapa selekoh lagi.
Fabio Quartararo di tempat kedua untuk memberikan Yamaha penamat podium pertama sejak GP Indonesia 2023, manakala pelumba Ducati, Francesco Bagnaia di tempat ketiga.
Marc memeluk adiknya selepas perlumbaan dengan kedua-dua pelumba Sepanyol itu menjadi adik-beradik pertama memenangi MotoGP.
Bagaimanapun perlumbaan kali ini menjadi milik pelumba Gresini itu yang mendahului abangnya dengan kelebihan satu mata dalam kedudukan kejuaraan selepas melintasi bendera penamat yang dikibar pemain tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz.
"Hadiah hari jadi terbaik, menakjubkan. Yang pertama di Jerez adalah sesuatu yang menakjubkan. Ia perlumbaan yang saya kuasai di setiap pergerakan," kata Alex yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 awal minggu ini. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/04/1389509/alex-marquez-raih-kemenangan-sulung-motogp




Pages: [1]
View full version: Alex Marquez raih kemenangan sulung MotoGP


ADVERTISEMENT