sfhzuraz Publish time 27-4-2025 09:15 PM

Eubank Jr tundukkan Benn

Eubank Jr tundukkan Benn

Reuters



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/euburn_1745730612.jpg
EUBANK Jr (kanan) melepaskan tumbukan ke arah lawan. FOTO Agensi


London: Chris Eubank Jr mencipta sensasi apabila menumbangkan Conor Benn dalam pertarungan tinju middleweight yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur di London.
Aksi yang dikuasai Eubank Jr itu berlangsung sehingga 12 pusingan sebelum ia terpaksa ditentukan menerusi keputusan juri.
Tiga juri sebulat suara memberi kemenangan kepada Eubank Jr dengan keputusan 116-112, sekali gus ia adalah kekalahan pertama Benn di peringkat professional
"Saya tahu saya mampu melakukannya, saya cuma perlukan seseorang untuk membimbing saya menjadi pemenang," kata Eubank Jr.
Katanya lagi, dia berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokongnya dari belakang.
"Saya tidak akan berbohong, untuk mencapai kejayan bukan mudah. Saya perlu bekerja keras sepanjang hidup saya untuk capai ke tahap ini.
"Ia bukan datang dengan mudah di mana pengorbanan bapa saya cukup besar selama ini. Ia membawa jiwa dan semangat yang berbeza dalam diri anda dan itulah yang saya tampilkan dalam pertarungan," katanya.
Ujarnya lagi, dia mengakui cukup bertuah mendapat bimbingan daripadanya bapanya selama ini.
"Saya gembira kerana lelaki ini (bapanya) sentiasa di sisi saya. Kami mempertahankan nama keluarga seperti yang sering kami katakan," katanya.


Disiarkan pada: April 27, 2025 @ 1:10pm
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/04/1212269/eubank-jr-tundukkan-benn



Pages: [1]
View full version: Eubank Jr tundukkan Benn


ADVERTISEMENT