39 pelajar, kakitangan sekolah di yan demam, batuk dan ruam selepas sertai perkhemahan
39 pelajar, kakitangan sekolah di yan demam, batuk dan ruam selepas sertai perkhemahanOleh Noorazura Abdul Rahman - April 27, 2025 @ 12:06pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/6212910046568889497_1745726751.jpg
Mansor Zakaria. - NSTP/ Gambar fail
ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengesahkan berlaku penularan jangkitan membabitkan pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah yang menyertai perkhemahan di Yan, dekat sini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata ia susulan 39 pelajar dan kakitangan sekolah terbabit yang dilapor mengalami simptom demam, batuk dan ruam pada badan selepas menyertai program di tapak perkhemahan persendirian itu baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai jangkitan itu, sebaliknya memaklumkan akan turun ke tapak perkhemahan terbabit petang ini bagi mendapatkan maklumat lanjut.
"Secara keseluruhan 763 pelajar dan kakitangan sekolah terbabit program di tapak perkhemahan itu, namun 39 daripada mengalami simptom berkaitan selepas pulang daripada lokasi berkenaan.
"Semua yang terkesan dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dan keadaan mereka dilapor stabil ketika ini," katanya ketika dihubungi.
Mansor berkata, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sudah dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengetahui punca kejadian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1389357/39-pelajar-kakitangan-sekolah-di-yan-demam-batuk-dan-ruam-selepas
Pages:
[1]