sfhzuraz Publish time 27-4-2025 02:21 AM

Pengalaman luas senjata SRG.OG

Pengalaman luas senjata SRG.OG

Amirul Fazli [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sekyss_1745670561.jpg
SEKYSSS akui pasukannya berjaya membina momentum serta keserasian dengan begitu baik selepas melalui beberapa musim di MPL.



Kuala Lumpur: Pemain utama Selangor Red Giants (SRG.OG), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman mengakui pengalaman dimiliki barisan pemain membuatkan mereka tidak berdepan sebarang masalah untuk mencatat kemenangan kedua ke atas DX Soul 2-0 dalam saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia Musim ke-15, semalam.
Jelas Haqqullah atau lebih dikenali sebagai Sekysss, SRG.OG berjaya membina momentum serta keserasian dengan begitu baik selepas melalui beberapa musim di MPL berbanding lawan mereka itu.
"Saya rasa benda itu (faktor kemenangan), ya. Sebab mereka (DX) baru sahaja musim ini, maksudnya layak menyertai MPL Musim ke-15. Kalau nak bandingkan dengan kami yang sudah beberapa musim.
"Jadi, saya percaya pengalaman itu amat penting untuk menjadi lebih baik," katanya selepas aksi minggu ke-2 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Sementara itu, jurulatih taktikal SRG.OG, Poon Kok Sing atau OzoraVeki bersetuju dengan Sekysss pasukan DX memerlukan pengalaman untuk tampil dengan kekuatan lebih baik selepas ini.
"Saya rasa DX Soul menunjukkan prestasi cukup baik sebagai pasukan rookie (pendatang baharu). Sebenarnya, pengalaman itu sangat penting untuk mereka dan sudah pasti memerlukan sedikit masa untuk mencari identiti pasukan," katanya.
Selepas ini, juara bertahan MPL itu akan turun menentang Monster Vicious (MV) esok dan perlawanan itu dijangka menarik apabila kedua-dua pasukan ingin meneruskan rentak kemenangan.


Disiarkan pada: April 26, 2025 @ 8:29pm
https://www.hmetro.com.my/arena/esukan/2025/04/1212075/pengalaman-luas-senjata-srgog



Pages: [1]
View full version: Pengalaman luas senjata SRG.OG


ADVERTISEMENT