Marquez dominasi pecut GP Sepanyol
Marquez dominasi pecut GP SepanyolReuters
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTO-PRIX-ESP-MOTOGP-PRACTICE_e50120e30dba4d0fa98fb4892f570d81_1745674829.jpg
AKSI Marquez melayan selekoh Litar Jerez. FOTO AFP
Jerez: Pelumba Ducati, Marc Marquez mengekalkan rekod sempurna dalam perlumbaan pecut musim ini dengan kemenangan di Grand Prix (GP) Sepanyol selepas pelumba Yamaha yang mencipta kejutan sebagai pemegang petak hadapan, Fabio Quartararo, terjatuh pada pusingan kedua.
Abang kepada Marc, Alex Marquez dari pasukan Gresini Racing, menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk kali kelima berturut-turut dalam perlumbaan pecut, manakala rakan sepasukan Marc, Francesco Bagnaia, menduduki tempat ketiga.
Marc kini memiliki kelebihan 20 mata di hadapan Alex yang berada di tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan pelumba MotoGP.
Disiarkan pada: April 26, 2025 @ 9:40pm
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/04/1212089/marquez-dominasi-pecut-gp-sepanyol
Pages:
[1]