sfhzuraz Publish time 26-4-2025 05:33 PM

'Tunjukkan dulu duit dalam akaun'

'Tunjukkan dulu duit dalam akaun'

Oleh Zulfaizan Mansor - April 26, 2025 @ 5:22pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/melakau_1745659308.jpg
Pasukan Melaka meraikan kejayaan menjuarai Liga A1 musim ini. - FOTO AFL


KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Amatur (AFL) akan bersikap lebih tegas terhadap pasukan yang mahu mengambil bahagian dalam pertandingan liga separuh profesional, Liga A1 musim hadapan.
Ia berikutan banyak kelab yang bertanding dalam kejohanan itu musim ini berdepan masalah kewangan yang mengundang kepada isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.
Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menjelaskan, setiap pasukan yang berminat menyertai Liga A1 perlu mengemukakan kemampuan kewangan terlebih dulu sebelum dipertimbangkan berada dalam saingan itu.
"Bukannya sekadar surat penaja tetapi duit sudah kena ada dalam akaun pasukan baharu kita pertimbangkan. Paling penting pasukan mesti ada kemampuan, sebab itu mereka kena tunjukkan kemampuan mereka.
"Ada juga pasukan (musim ini) berbelanja RM3 juta hingga RM4 juta dan saya rasa cukup untuk lahirkan pemain dalam liga berkelas divisyen dua.
"Kalau ada RM3 juta ke RM5 juta cantiklah, maksudnya kita dapat pemain berkualiti dan perlawanan juga turut berkualiti," katanya.
Antara pasukan yang dikatakan bakal mewarnai kancah Liga A1 musim depan adalah Kelantan Red Warriors (KRW) yang baru ditubuhkan selepas ketiadaan Kelantan FC.
Mohd Yusoff memaklumkan pihaknya sedia menerima pasukan baharu untuk sertai Liga A1 yang akan berperanan sebagai pertandingan divisyen kedua dalam ekosistem pertandingan bola sepak tempatan.
"Kalau ada pasukan luar atau baharu, kita pun akan pertimbangkan tetapi syarat dia kena tunjukkan kemampuan kewangan mereka. Apa pun nama tidak kisah dan sekarang ada tiga ke empat pasukan datang jumpa saya," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/04/1389127/tunjukkan-dulu-duit-dalam-akaun




Pages: [1]
View full version: 'Tunjukkan dulu duit dalam akaun'


ADVERTISEMENT