sfhzuraz Publish time 26-4-2025 03:10 PM

Bournemouth beli semula Stadium Vitality

Bournemouth beli semula Stadium Vitality

April 26, 2025 @ 9:45am



https://assets.bharian.com.my/images/articles/borne26425_1745631924.jpg
Stadium Vitality, gelanggang Bournemouth dalam EPL, kini dimiliki sepenuhnya Black Knight Stadium Limited. – Foto fail REUTERS


LONDON: Bournemouth bersetuju untuk membeli semula Stadium Vitality bagi mengubah suai dan menambah baik gelanggang mereka, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu semalam.
Bournemouth menjual stadium mereka kepada Structadene pada tahun 2005 dan memajaknya semula untuk membantu melunaskan hutang ketika mereka beraksi di divisyen ketiga Liga Satu, tetapi pasukan pantai selatan itu sejak itu mengesahkan kehebatan mereka sebagai kelab EPL.
Satu entiti yang baharu dibentuk dipanggil Black Knight Stadium Limited kini akan memiliki stadium itu secara rasmi.
Bournemouth dimiliki 100 peratus oleh Black Knight Football Club UK Ltd, yang dikawal pemiliknya Bill Foley.
"Kami sedar menampung lebih ramai peminat kami yang semakin meningkat penting dan langkah ini akan membolehkan kami meneruskan semua pilihan untuk bergerak ke hadapan," kata Foley dalam satu kenyataan.
"Kami menghargai sumbangan Structadene menjaga stadium dan kerana bekerjasama dengan kami untuk mengembalikannya ke tempat asalnya bersama kelab."
Stadium Vitality boleh memuatkan hanya 11,286 penonton, menjadikannya stadium paling kecil dalam EPL.
Dikenali sebelum ini sebagai Dean Court, stadium itu menjadi gelanggang Bournemouth sejak 1910. – REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/04/1388926/bournemouth-beli-semula-stadium-vitality




Pages: [1]
View full version: Bournemouth beli semula Stadium Vitality


ADVERTISEMENT