Sivasangari mara separuh akhir Piala Grasshopper
Sivasangari mara separuh akhir Piala GrasshopperApril 26, 2025 @ 11:52am
https://assets.bharian.com.my/images/articles/sivas26425a_1745639560.jpg
S Sivasangari menyingkirkan Nada Abbas dari Mesir pada suku akhir Piala Grasshopper di Zurich, Switzerland. – Foto PSA Squash Tour
KUALA LUMPUR: Jaguh skuasy negara S Sivasangari menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Piala Grasshopper 2025 di Zurich, Switzerland awal pagi tadi.
Pilihan ketiga kejohanan itu mempamerkan aksi cemerlang menyingkirkan pilihan kelapan Nada Abbas dari Mesir 11-6, 11-3 pada suku akhir.
Sivasangari yang kini menghuni ranking ke-11 dunia, mengakui amat berpuas hati dengan strategi permainannya yang disifatkan menjadi kali ini.
"Sebenarnya saya agak gementar, tetapi saya pastikan sentiasa mendahului mata dan ikut rentak sendiri. Saya elakkan mengikut rentak permainan lawan, fokus kepada taktik dan corak permainan sendiri dan ia berlaku dengan baik hari ini," katanya menerusi lawan sesawang Persatuan Skuasy Profesional (PSA).
Pemain berasal Kedah itu akan berdepan pilihan kedua Tinne Gilis dari Belgium, yang sebelum itu menewaskan Salma Hany dari Mesir 11-9, 11-8.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/sivas26425b_1745639563.jpg
Ng Eain Yow (kiri) meraikan kemenangan ke atas Karim El Hammamy dari Mesir pada separuh akhir Terbuka Squash On Fire di Washington, AS. – Foto PSA Squash Tour
Sementara itu, pada satu lagi kejohanan di Washington, Amerika Syarikat, dua pemain negara Ng Eain Yow dan Rachel Arnold masing-masing meneruskan momentum cemerlang melangkah ke separuh akhir Terbuka Squash On Fire 2025.
Pilihan kedua Eain Yow, tewas set pertama sebelum bangkit untuk melengkapkan kemenangan ke atas Karim El Hammamy dari Mesir 5-11, 11-8, 11-3, 11-3.
Pemain berusia 27 tahun itu dijadual bertemu seorang lagi pemain Mesir, Kareem El Torkeyof yang mengejutkan pilihan keenam Velavan Senthilkumar dari India 7-11, 11-7, 9-11, 11-4, 13-11.
Rachel yang diletakkan sebagai pilihan keempat, mengetepikan cabaran pilihan kelapan Nadine Shahin dari Mesir 11-6, 11-7, 11-7 untuk membuat penentuan di separuh akhir berdepan pilihan utama Rowan Elaraby juga dari Mesir. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/04/1388988/sivasangari-mara-separuh-akhir-piala-grasshopper
Pages:
[1]