puterimawar2011 Publish time 9-5-2011 04:57 PM

Sempena Hari Guru...

Diwaktu hati mu retakMatamu menceritakan dukaTerkumpul dalam sebuah nestapaBetapa payah menghulurkan madahTerkadang ada nista yang menerjahPawana hati mu tetap tegarMemahatkan ilmu tanpa sempadanSuaramu kaku, namun semangatmu bak srikandiLangkahmu longlai pun hasratmu tidak pernah pudarPada kanvas kehidupan yang penuh pancorabaKau pahatkan tekadBuat bekalan generasi mudamuKau tinggalkan satu firasatDalam duka yang tidak pudarUntuk sebuah harapanBuat anak bangsamu Kerana itu yg telah diamanahkan(sempena sambutan hari guru 16 Mei 2011)

attokz Publish time 9-5-2011 05:16 PM

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

*sajak ini pernah dideklamasikan pada satu pertandingan diperingkat daerah, satu ketika dulu.
:P

Goldkey Publish time 9-5-2011 05:44 PM

Aku bangga jadi Guru

Aku bangga jadi guru
itu pilihan hati dari dulu
tak pernah sekali rasa jemu
mendidik anak bangsa perkaya ilmu
biar badan kian lumu
namun semangat tetap dipacu
hantar anak didik ke mercu dirgahayu.

Biar cemuhan datang melutu
tidak sekali mematahkan kuku ilmu
kian tabah merancang pelan baru
menghadapi kerenah yang kurang ilmu
salah guru kian diburu
bukan datang untuk berganding bahu
menyelesaikan masalah remaja zaman maju.

Keikhlasan usah diragu
mendidik jadi tanggungjawabku
akan diberi dengan semangat jitu
pendidikan sepanjang hayat amalan guru
sentiasa bermaklumat itu perlu
memudahkan didikan setiap waktu
aku bangga jadi guru
ramai anak didik kutemu
aku jadi terharu
dengan lafaz terima kasih cikgu!!!

Goldkey, 25.11.2010, 22.21 PM

puterimawar2011 Publish time 10-5-2011 10:33 AM

Terima kasih cikgu
Kerana terus tegar
Mencurah ilmu walau dlm payah
Mengatur bicara biar dlm gundah
Dikalbumu, ada sinar yg syahdu
...Dimatamu, ada ikhlas yg terpancar
Biar bukan dgn kata2
Namun aku mengerti
Tentang ranjau yang kau tempuhi
Jua ..tentang derita yang tidak kau bisikkan
Tetap didengari
Biar suaramu jauh di pedalaman pulau nunuyan
Mahupun bergegar di Putrajaya
SELAMAT HARI GURU…

puterimawar2011 Publish time 10-5-2011 10:33 AM

Terima kasih cikgu
Kerana terus tegar
Mencurah ilmu walau dlm payah
Mengatur bicara biar dlm gundah
Dikalbumu, ada sinar yg syahdu
...Dimatamu, ada ikhlas yg terpancar
Biar bukan dgn kata2
Namun aku mengerti
Tentang ranjau yang kau tempuhi
Jua ..tentang derita yang tidak kau bisikkan
Tetap didengari
Biar suaramu jauh di pedalaman pulau nunuyan
Mahupun bergegar di Putrajaya
SELAMAT HARI GURU…

Goldkey Publish time 10-5-2011 06:14 PM

Aku seorang Guru

Aku memilih bidang ini
bidang mendidik insan
jadikan manusia orang
dalam dunia serba mencabar
tugasnya bukan mudah
segala cemuhan dilempar
kalau ikut hati boleh hilang sabar
masyarakat luar tak banyak membantu
seringkali mencari salah guru
jarang sekali mendapat ucapan terima kasih cikgu
sebaliknya komplen yang bertalu-talu
lihatlah anak-anak zaman maju
tiada sifat malu
cikgu bukan lagi dihormat sebagai guru
selalunya jadi musuh yang tak mahu maju
kutempuhi semua itu
sudah lumrah pekerjaanku
berdepan kerenah ibubapa dan penjaga muridku.

~ Goldkey, 14/11/2010, 20.21 pm ~

Goldkey Publish time 10-5-2011 06:15 PM

Aku seorang Guru II

Tugasku mendidik
bukan menjentik
kalau salah tidak diherdik
ditunjukkan dengan baik
selalu kena selangkah lebih baik
baru boleh mengajar yang terbaik
informasi kena sentiasa 'update'
kalau tak murid pandang sengkek
tak mengapa bersusah sedikit
janji dapat lahirkan ramai yang cerdik
haruslah orang akan tabik
berupaya mengajar dengan menarik
maklumat tepat dan ada hubungkait
murid takkan pelik
dengan istilah yang berbelit.

~ Goldkey, 19/11/2010, 11.26 am ~

Goldkey Publish time 10-5-2011 06:17 PM

Cikgu, bukan setakat mengajar ilmu
kena baca banyak buku
serba serbi kena tahu
kalau tak haru biru
murid-murid bercelaru
tiada tempat rujukan padu
gurulah 'mesin' setiap waktu.

Pagi-pagi cikgu jadi kerani
siapkan dokumen rasmi
ambil kedatangan murid setiap pagi
siapa mari siapa tak mari
semuanya kena hitung dengan teliti
ada yang sakit
cikgu kena jadi 'misi'.

Cikgu kena pandai jadi kawan
murid-murid inginkan perhatian
dalam kelas ada yang meragam
bertingkahlaku tak ikut peraturan
banyak kena belajar ilmu menawan
agar murid hormat dan sopan
tiada yang melawan.

Cikgu juga kena jadi pelakon
pengajaran perlu skrip tersusun
mengajar dengan penuh tekun
murid berminat, pulangnya otak tak kosong
menyampai ilmu bercontoh, bukanya omong kosong
murid mudah faham tak terlopong
bila ujian markah tak kosong.

Cikgu juga kena pandai melatih
apa saja bidang yang dipilih
kena belajar walau bertatih
demi anak didik yang dikasih
kebolehan guru sentiasa tercanggih
tidaklah murid terhegeh-hegeh
mencontohi guru yang terpilih.

Cikgu juga kena pandai berkebun
kalau tak, sekolah jadi macam dusun
tanam pokok bersusun
nampak cantik kemas dan anggun
pendek kata semua kerja kena pulun
itulah kerja guru bertahun-tahun
walaupun dipandang serong.

~Goldkey 30/11/2010, 12.56 am~

Goldkey Publish time 11-5-2011 09:15 PM

Pada 16 Mei 2011
saya bukan seorang yang menunggu
longgokan hadiah
atau apa-apa anugerah
saya hanya dambakan
kata-kata rangsangan
buat meneruskan perjuangan
dan mengharapkan bisikan keramat
terima kasih cikgu.

~Goldkey, 10/5/11, 20.07 pm~

Goldkey Publish time 14-5-2011 07:00 AM

Selamat Hari Guru

Kuucapkan kepada teman seperjuangan
pada hari memperingatkan
jasa warga pendidikan
berbaktilah dengan penuh keikhlasan
curahkan segenap pengalaman
didik anak bangsa jadi modal insan
meneruskan agenda warisan
memartabatkan negara jayakan wawasan
mencapai negara maju seperti acuan
yang telah digarapkan oleh kerajaan.

Rakan-rakan sekalian
tanamkan kesungguhan
memprofesionalismekan bidang perguruan
belajar sepanjang hayat jadi pegangan
segala transformasi jadi pembaharuan
bidang ICT dipertingkatkan
tidaklah kita ketinggalan
dalam arus pemodenan
globalisasi dunia tanpa sempadan
maklumat harus dikemas kinikan.

Teman-teman budiman
jangan rasa takut dengan tomahan
janji kita tidak melakukan kesalahan
minimakan kesalahan
berikan penjelasan
ibubapa akan faham segala tindakan
anak-anak perlu disedarkan
program pendidikan
perlukan pengorbanan
demi masa depan
yang cemerlang gemilang dan terbilang.

~Goldkey, 14/5/11, 6.57 am~

bintang Publish time 15-5-2011 07:15 PM

Di kala hampa menjerut ilmu menyelimuti
saat rebah kemiskinan mengalir perih
dan deru kebodohan gema mengaum
kaulah pelita ilmu penyelamat bangsa
tanpamu bangsa alpa ilmu
tidak akan pernah mengenal alif
tidak akan pernah mengenal A
tidak akan pernah mengenal 1
dan tidak akan pernah tau itu.

Gedung ilmu berpendar menyuluhi hidup kami
menerangi, membuyar setiap pijakan langkah
melenyapkan anak didikmu dari jurang kebodohan
dan menyelamatkan kami dari jerat kemiskinan.

Betapa mulia dedikasimu untuk kami
keyakinan kuat akan suatu perubahan besar
mendorongmu untuk terus dan terus melangkah
untuk cuba memoleskan ilmu dalam diri kami
coretan demi coretan warna abstrak terhantar
memberikan lukisan baru dalam dunia pendidikan
ulasan demi ulasan kata telah terlontar
mewarnai merah biru dalam referensi keilmuan.
Tanpa jerat kepalsuan guru adalah ibadah,
tanpa kemunafikan
mengajar kemanusiaan kepada manusia.

Goldkey Publish time 15-5-2011 09:01 PM

Kau umpama mentari
kekal memberikan cahaya
menyuluh jalan kebenaran
menerangi kehidupan insan
melenyapkan alam kegelapan
walau engkau sendiri pernah gerhana
tidak sedikit menghalang kamu berjasa.

Guruku
melalui kamu aku mengenal tulis baca
tak terbalas dengan wang berjuta
doa dan harapan kukirimkan semoga
kesejahteraan dikurnia sepanjang masa
miliki keluarga bahagia
dipandang mulia
dirahmati yang Esa.

Terima Kasih Cikgu!!!

~Goldkey, 15/5/11, 20.35 pm~

Ilham_Daisy Publish time 20-5-2011 02:46 AM

Tugas kita,
walau tidak gah dimata orang,
tapi tetap gah di hati kita..'
kita memberi,
tanpa secebis mengharap balasan..
cahaya yang diberi,
moga kekal menyuluh jalan,
agar tak tersilap dipersimpangan...
moga semuanya jadi bekalan di sana,
buat kita,
tatkala amalan terhenti di sini...

16 Mei 2011, 8.00a.m...
Pages: [1]
View full version: Sempena Hari Guru...


ADVERTISEMENT