sfhzuraz Publish time 25-4-2025 09:41 PM

Debaran 12 pelumba cilik berentap di RCB MiniMoto

Debaran 12 pelumba cilik berentap di RCB MiniMoto

Saiful Affendy [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lyna11_1745579971.jpg
BARISAN pelumba RCB MiniMoto bersama Zulfahmi dan Norlina pada majlis pelancaran hari ini. FOTO RCB



Sepang: Seramai 12 pelumba cilik berusia seawal enam tahun bakal berentap pada pusingan pertama Kejohanan RCB MiniMoto di Litar Antarabangsa Kart Sepang bermula esok.
Buat julung kalinya, perlumbaan akan berlangsung di litar penuh sepanjang 1.243 kilometer (km) yang mendapat pengiktirafan Persatuan Sukan Bermotor Malaysia.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengurus Komunikasi MKA Group, Norlina Ayob bersama Zulfahmi Khairuddin dari ZK Racing selaku pengurus kejuaraan.
Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran MKA Group, Marcus Leong berkata pihaknya cukup berbangga untuk menjadi penaja utama kejohanan bagi mencungkil bakat muda itu.
"RCB sudah menyokong perlumbaan MiniGP selama beberapa tahun melalui pembekalan alat ganti teknikal, sokongan kewangan untuk program serta membantu membina kerjaya atlet RCB seperti Qabil (Irfan Azlan) dan Hakim (Danish Ramli).
"Untuk RCB MiniMoto, kami berbangga menjadi penaja utama. Sokongan kami merangkumi pembekalan teknikal dan bantuan kewangan bagi memastikan kelancaran program ini.
"Ia adalah satu ekosistem pembangunan yang kukuh iaitu dari peringkat akar umbi seperti MiniMoto hingga ke MiniGP dalam usaha mencungkil dan membimbing bakat muda yang berpotensi besar.
"Tidak mustahil satu hari nanti, pelumba dari program ini akan mewakili Malaysia di pentas MotoGP," katanya dalam satu kenyataan.


Disiarkan pada: April 25, 2025 @ 7:19pm
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/04/1211718/debaran-12-pelumba-cilik-berentap-di-rcb-minimoto



Pages: [1]
View full version: Debaran 12 pelumba cilik berentap di RCB MiniMoto


ADVERTISEMENT