sfhzuraz Publish time 25-4-2025 05:17 PM

JDT perlu tenang berdepan Sri Pahang - Hasnizam

JDT perlu tenang berdepan Sri Pahang - Hasnizam

Oleh Rizar Mohd Noor - April 25, 2025 @ 5:05pm [email protected]




https://assets.bharian.com.my/images/articles/bfkdk_1745571892.jpg
Ketua Pasukan Sri Pahang Fadhli Shas (dua, kanan) dan Ketua Pasukan JDT Natxo Insa (dua, kiri) bersama Piala Malaysia pada sidang media Pra-Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Foto: BERNAMA



JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu beraksi dengan tenang dan tidak tergesa-gesa memburu gol apabila berdepan Sri Pahang FC (SPFC) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok.
Penganalisis bolasepak tempatan, Hasnizam Uzir berkata, skuad kendalian Hector Bidoglio perlu bersedia untuk berdepan aksi `luar biasa' barisan pemain bimbingan Fandi Ahmad yang mungkin tampil dengan corak permainan agresif dan fizikal pada aksi final itu nanti.
"Jika dinilai aspek statistik rekod pertemuan kedua-dua pasukan ia memang memihak kepada JDT namun perlu diingat setiap pasukan yang menentang JDT pasti akan bermain mati-matian.
"Berdasarkan pengalaman Fandi sudah tentu beliau akan menyediakan corak permainan taktikal dan strategi yang akan menyukarkan JDT terutama dari aspek tempo permainan. Kita tidak tahu apa helah yang digunakannya.
"Atas faktor ini Hector dan pasukan kejurulatihannya perlu bijak menterjemahkan taktikal permainan yang lebih ampuh dan menguatkan lagi persediaan fizikal dan mental pemain untuk berdepan aksi `luar biasa Sri Pahang pada aksi final nanti," katanya.
Justeru bekas pemain Johor dan kebangsaan itu berpandangan kemungkinan skuad Tok Gajah akan bermula dengan menyerap segala asakan barisan pemain Harimau Selatan dan formasi 4-4-2 yang bakal diterapkan legenda bola sepak Singapura itu bagi mengambil kesempatan memburu gol menerusi serang balas yang pantas.
Katanya, bahagian tengah JDT perlu beraksi dengan lebih konsisten, bukan sahaja untuk merencana strategi menyerang sebaliknya membentuk lapisan benteng bagi mengekang gerakan yang cuba dilakukan pemain tengah skuad Tok Gajah.
"Saya jangkakan ia aksi final seimbang walaupun tampak JDT berkelebihan tapi apabila sesebuah pasukan layak ke final, aura setiap pemain lebih bersemangat dan bagaikan `dirasuk' dengan menampilkan permainan melebihi 100 peratus.
"Jadi pemain JDT tidak boleh terlalu yakin untuk mencipta kemenangan mudah, sebaliknya memberi sepenuh fokus apabila beraksi di padang dan mengurangkan kesilapan mudah yang membolehkan pemain Pahang ambil kesempatan untuk mencipta kejutan," ujar Hasnizam.
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/04/1388768/jdt-perlu-tenang-berdepan-sri-pahang-hasnizam




Supersirap Publish time 25-4-2025 06:02 PM

Tahniah kepada pasukan JDT dan penyokong JDT
Pages: [1]
View full version: JDT perlu tenang berdepan Sri Pahang - Hasnizam


ADVERTISEMENT