sfhzuraz Publish time 23-4-2025 08:25 PM

Andre Agassi umum kembali beraksi

Andre Agassi umum kembali beraksi

Reuters




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Andre_Agassi_1745409559.jpg
AGASSI umum akan beraksi di dalam acara beregu campuran di Kejohanan Terbuka Pickleball Amerika Syarikat. -FOTO AFP


Florida: Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Andre Agassi, bakal membuat penampilan sulung profesionalnya dalam sukan pickleball apabila dia akan bergandingan bersama pemain nombor satu dunia, Anna Leigh Waters, dalam acara beregu campuran di Kejohanan Terbuka Pickleball Amerika Syarikat minggu hadapan.
Pickleball, yang dicipta pada tahun 1965 oleh sekumpulan rakan dari Amerika Syarikat, bermain menggunakan raket yang menggabungkan elemen tenis dan badminton.
Ia dimainkan di gelanggang lebih kecil menggunakan bola plastik berlubang. Popularitinya melonjak mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Anna, 18, kini pemain nombor satu dunia dalam kategori perseorangan, beregu wanita dan beregu campuran di bawah Persatuan Pickleball Profesional.
Agassi pula secara berseloroh berkata beliau mungkin menjadi beban kepada Anna.
"Dia mungkin dah bosan asyik menang. Sebab itulah dia hubungi saya dan ajak bermain sekali," kata Agassi, yang pernah merangkul lapan gelaran Grand Slam dan 60 kejuaraan Jelajah ATP, kepada CNBC.
Namun, legenda tenis berusia 54 tahun itu menjelaskan dia tidak bercadang untuk menyertai kalangan pemain profesional pickleball secara tetap selepas kejohanan di Naples, Florida itu.
"Kalau saya ada kelapangan dan tenaga untuk beri tumpuan sepenuhnya kepada permainan dan pemulihan badan, itu pasti menggembirakan. Tapi saya tak berada dalam fasa itu sekarang. Hidup saya sudah memasuki zaman yang berbeza," katanya.


Disiarkan pada: April 23, 2025 @ 7:59pm
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/04/1211001/andre-agassi-umum-kembali-beraksi



Pages: [1]
View full version: Andre Agassi umum kembali beraksi


ADVERTISEMENT