Raline Publish time 23-4-2025 08:23 AM

Muflis & Tiada Simpanan, Amitabh Bachchan Terpaksa Pinjam Wang Pekerja




Kalau kamu nak tahu, Amitabh Bachchan merupakan pelakon Bollywood popular dan menerima bayaran yang paling tertinggi dalam industri. Tetapi ada suatu ketika dahulunya, Amitabh pernah muflis dan tiada wang simpanan sehingga terpaksa meminjam daripada pekerjanya.

Sekadar info, Amitabh berada di ambang muflis pada 1999 apabila syarikatnya, Amitabh Bachchan Corporation Ltd (ABCL) menghadapi kerugian besar sehingga menjerumuskannya ke dalam hutang.

Mengimbau kembali fasa sukar itu, Amitabh mendedahkan keadaan menjadi lebih buruk apabila pemiutang mengunjungi rumahnya dan bertindak kasar. Situasi ini membuatkan Amitabh terpaksa meminjam wang daripada pekerjanya untuk membelikan makanan untuk keluarga.

Malah dalam salah satu temu bual lamanya, Amitabh memberitahu dia telah berhutang lebih daripada Rs 90 crore (RM46,454,418.00) daripada orang berbeza.



“Saya membayar balik satu per satu termasuklah Doordashan. Apabila mereka meminta komponen faedah, saya melakukan iklan sebagai ganti. Saya tak boleh lupa bagaimana pemiutang berada di depan pintu rumah, bertindak kasar dan mengancam saya serta keluarga.”

Memikirkan penyelesaian daripada masalah ini, Amitabh bertemu dengan Yash Chopra dan meminta pengarah untuk berikannya kerja. Akhirnya Amitabh bangkit dengan kejayaan filem ‘Mohabbatein’ dan debut rancangan televisyennya, ‘Kaun Banega Crorepati’.

PULANGKAN Publish time 25-4-2025 01:20 PM

tiap kali raya, tiap kali tu jugak lah Kabhi Kushi Kabhi Gham. persoalannya, hari apa, pukul berapa, tv berapa je. asal ada perayaan je, kitorang satu family main teka, KKKG tayang hari apa

Malaysia ni dah lah banyak hari raya

KamikuP Publish time 29-4-2025 12:24 PM

Bini dia cengei tak mcm dalam filem watak mak mak keibuan sgt

rosmahisham Publish time 30-4-2025 10:27 PM

Padan muka bini dia..dh la x lawa ,rendek,nyombong lak tu!

JahLupa Publish time 1-5-2025 12:03 AM

Tumpang kaya menantu x. Anak dia kan sendu..
Pages: [1]
View full version: Muflis & Tiada Simpanan, Amitabh Bachchan Terpaksa Pinjam Wang Pekerja


ADVERTISEMENT