Suami langsung tak ada function, isteri taubat tak nak hamil lagi!
Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita secara terbuka mengakui dia memilih untuk memiliki hanya seorang cahaya mata daripada perkahwinan yang dibina bersama pasangan.
Menurutnya, keputusan tersebut bukan didasari oleh faktor kewangan atau kerjaya, sebaliknya kerana suaminya langsung tidak memainkan peranan sewajarnya sebagai seorang ketua keluarga.
"Alasan mengapa saya hanya mahukan seorang anak. Banyak makan hati dari awal perkahwinan sampai anak dah keluar pun saya masih makan hati dengan dia.
"Saya tak pernah dilayan dengan sewajarnya oleh dia. Namun pada masa yang sama, saya masih memerlukan dia," tulisnya dalam satu perkongsian di laman sosial.
Memilih untuk tidak mendedahkan punca mengapa dia makan hati dengan suami, namun wanita tersebut memberi gambaran bahawa dirinya sering didera secara emosi.
"Ada ke namanya husband abuse mentally bukan physically. Ada ke? Sebab saya rasa dia buat macam tu pada saya. Saya tak tahu, mungkin saya yang terlalu penat.
"Tapi tak apa, saya sekadar meluahkan perasaan saja. Ada ketikanya saya rasa lega sebab anak saya lelaki jadi kalau nak ceraikan saya, senang! Tak perlukan dia jadi wali.
"Berdosa ke saya terfikir macam tu? Harap saya dapat bertahan untuk anak saya," tulisnya lagi.
Tambah wanita berkenaan, buat masa ini dia hanya mampu bersabar biarpun sudah banyak kali dia berterus-terang kepada suaminya itu.
"Deep talk depan-depan, melalui telefon. Tak pernah 'jalan' langsung⦠kejap saja, kemudian balik (ulang) semula," luahnya lagi.
Perkongsian wanita berkenaan meraih perhatian apabila di ruangan komen, ramai yang seakan-akan memahami situasinya kerana turut berdepan dengan perkara yang sama.
"Anak dah empat tahun this year, and still tak nak tambah second child, sebab penat jadi paling banyak kena urus anak.
"Rasa benda itu juga. Tapi apakan daya, itu jodoh yang kita pilih untuk bersama.
"Sama juga. Basically more to mental torture. So lepas ni jangan mengandung lagi sis. Cari someone atau cerita dengan parents about this okay. Jangan pendam sorang," demikian antara komen netizen.
Sumber: mStar
"...pada masa yang sama, saya masih memerlukan dia.."
enough said, kau masih hadap kotey laki kau kan...tu je sundallll.... bukan pasal uruskan anak sangat pun...
jenis suka jantan biawak tapi kuat main....so, kau hadap je lah. Pompuan ni dalam kategori asal berlaki yaachh.. takleh nak tolong biorkan ajer Kau keje ke tak dik?? Keje, cari duit, nan hadoo kan laki kau.
Pages:
[1]