Kantoi curang, penyanyi mohon maaf ambil keputusan tinggalkan dunia seni
NAMA penyanyi Hong Kong iaitu Goo Chan hangat diperkatakan netizen selepas kantoi curang di belakang teman wanitanya yang dikenali sebagai Samantha.
Memetik laporan Korea Boo, kecurangan itu terbongkar selepas Samantha menyerang Goo Chan, 27, ketika penyanyi itu bersama kekasih baharu yang masih berusia 18 tahun.
Lebih memalukan lagi, video pertengkaran mereka tular di media sosial dan menjadi bualan netizen.
Tidak lama selepas itu, Goo Chan tampil dalam satu kenyataan di media sosial, mengaku menyakiti Samantha sekali gus memohon maaf atas kecurangan yang dilakukan.
Malah dia juga mengumumkan pengunduran dirinya dari industri seni buat selamanya.
"Saya mohon maaf kepada Samantha kerana sudah mengecewakan dia walaupun dia sangat menyayangi saya selama tujuh tahun ini.
"Sejak saya tiada mempunyai apa-apa, awak sentiasa menyokong saya tapi saya pula tidak menghargai pengorbanan anda.
"Saya akan bertanggungjawab dengan perbuatan saya dan mengundur diri dari industri ini," luahnya.
Untuk rekod, Goo Chan dan Samantha sudah tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.
Namun pada Februari lalu, pasangan ini mengemas kini status hubungan mereka di media sosial kepada bujang menjadi perhatian peminat. - mStar
Tak kenal pun sape retis international ni tapi tertarik statement undur diri dr dunia hiburan sbb dia kantoi curang. Kt malaysia ni ramai juga yg kantoi curang tp aman2 je meneruskan karier. Boleh tahan ramai juga kalo undur diri.. Juara kt AA la. Ahaks! Tak kenal. Klo helok mesti dimaafkan :lol:
Pages:
[1]