Vellfire Publish time 21-4-2025 03:47 PM

EPL: Gol Alexander-Arnold letak Liverpool diambang kejuaraan, Leicester sah tersingkir

Edited by Vellfire at 21-4-2025 03:49 PM

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250421/engg.jpg

Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold (tidak berbaju) meraikan jaringan gol pembukaan perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Leicester City di Stadium King Power pada Ahad. - Gambar AFP
LONDON: Gol Alexander-Arnold memastikan Liverpool diambang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika jaringan lewatnya mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Leicester City dan selepas Arsenal membelasah Arsenal 4-0 di Ipswich Town pada Ahad.
Skuad kendalian Arne Slot boleh mengesahkan kejuaraan liga yang ke-20 mereka jika Liverpool menang di Leicester dan Arsenal tewas di Ipswich.
Liverpool melaksanakan separuh usaha tetapi Arsenal, pencabar terdekatnya, menangguhkan pengesahan kejuaraan itu dengan kemenangan besar di Stadium Portman Road.
Kemenangan Arsenal bermakna Liverpool masih perlu mengumpul enam mata dari baki lima perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan liga yang pertama mereka sejak 2020.
Hasil gol kemenangan Alexander-Arnold selepas dimasukkan dari bangku simpanan, Liverpool kini memiliki kelebihan 13 mata berbanding Arsenal dengan kedua-dua pasukan mempunyai baki lima perlawanan.
Liverpool boleh mengesahkan kejuaraan pada pertengahan minggu ini jika Arsenal tewas di Crystal Palace atau jika Liverpool menewaskan Tottenham di Anfield pada 27 April.
Ia kelihatan hari yang mengecewakan buat Liverpool apabila Leicester City mengekang asakan mereka walaupun pasukan tuan rumah turut memiliki peluang.
Liverpool akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-76 apabila Alexander-Arnold merembat bola muntah dari jarak dekat selepas rembatan Mohamed Salah dan Diogo Jota terkena palang.
Dengan spekulasi memuncak di mana Alexander-Arnold akan menyertai Real Madrid apabila kontraknya tamat akhir musim ini, ia ternyata sangat ketara di mana pemain pertahanan kanan England itu meraikan golnya dengan menanggalkan jersi ketika berlari ke arah tepi padang di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Liverpool yang hadir di Stadium King Power.
"Kami mengambil masa yang agak lama dan sudah tentu, ia saat yang hebat buat Trent selepas bekerja-keras untuk kembali beraksi. Untuk menjaringkan gol yang memberikan banyak kesan adalah sangat istimewa sekali," kata Slot.
"Ia tidak pernah sukar untuk bermimpi (memenangi kejuaraan) tetapi anda melihat kami benar-benar memberi fokus kepada (perlawanan menentang) Tottenham."
Kejuaraan hanya menunggu masa buat Liverpool namun kekalahan mengesahkan bahawa Leicester City tersingkir dari Liga Perdana Inggeris selepas satu musim mengecewakan di mana mereka meraih kekalahan ke-23 dari 33 perlawanan liga.
Selepas kemenangan sensasi ke atas Real Madrid untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2009, Arsenal memastikan Liverpool belum meraikan kejuaraan mereka pada hujung minggu.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250421/engg4.jpg
Pemain tengah Arsenal, Gabriel Martinelli (kanan) menjaringkan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Ipswich Town di Portmand Road pada Ahad. - Gambar AFP
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta melakukan tiga pertukaran dari skuad yang menang 2-1 di Real Madrid pada pertengahan minggu dan mendapat ganjaran dengan aksi luar biasa di mana mereka menamatkan saingan lawan dalam 30 minit pertama.
"Apa yang boleh kami lakukan sekarang ialah menangguhkan (pengesahan kejuaraan Liverpool) di pihak kami untuk memberikan kami penamat yang terbaik yang kami mampu," kata Arteta.
Leandro Trossard adalah antara pemain yang kembali dalam kesebelasan utama dan dia menjaringkan koleksi gol kelapan musim ini untuk meletakkan Arsenal di hadapan.
Gabriel Martinelli menambah jaringan pada minit ke-28 sebelum keadaan menjadi lebih buruk buat Ipswich apabila Leif Davis dibuang padang ekoran kekasaran ke atas Bukayo Saka.
Trossard menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-69 sebelum Ethan Nwaneri melengkapkan jaringan pada minit ke-88.
Kekalahan seperti menamatkan harapan Ipswich untuk terus kekal dalam Liga Perdana Inggeris musim hadapan selepas berada 15 mata di bawah zon selamat dengan baki lima perlawanan selain memiliki perbezaan gol sangat kecil berbanding West Ham United.
Di Craven Cottage, Chelsea memerlukan dua gol lewat untuk menewaskan kelab jiran Fulham 2-1 dan mengembalikan harapan untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.
Alex Iwobi meletakkan Fulham di hadapan pada minit ke-20 dan ketika Chelsea membayangkan satu lagi kekalahan mengecewakan, pemain gantian berusia 19 tahun, Tyrique George mengikat kedudukan pada minit ke-83.
Pedro Neto kemudian melengkapkan kebangkitan Chelsea dengan gol dalam minit kecederaan untuk memberikan kemenangan keenam pasukannya daripada 17 perlawanan liga terakhir.
Chelsea melonjak ke tangga kelima liga, di hadapan Nottingham Forest yang boleh melonjak ke tangga ketiga liga jika menewaskan Tottenham pada perlawanan lewat.
https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250421/enggg2.jpg
Penyerang Manchester United, Rasmus Hojlund kelihatan kecewa selepas gagal menjaringkan gol dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wandereres (Wolves) di Stadium Old Trafford pada Ahad. - Gambar AFP
Di Old Trafford, Manchester United kecundang buat kali kelapan di tempat sendiri musim ini apabila tewas 0-1 kepada Wolves.
Pablo Sarabia menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika berbaki 13 minit permainan dari satu tendangan percuma cantik untuk memberikan United rekod baharu kelab - kekalahan liga ke-15 musim ini.
Kemenangan kelima berturut-turut Wolves dalam liga meletakkan skuad kendalian Vitor Pereira di tangga ke-15 dan berkongsi mata dengan United yang terus kekal di tangga ke-14 dengan kelebihan gol.

https://www.utusanborneo.com.my/2025/04/21/epl-gol-alexander-arnold-letak-liverpool-diambang-kejuaraan-leicester-sah-tersingkir
Pages: [1]
View full version: EPL: Gol Alexander-Arnold letak Liverpool diambang kejuaraan, Leicester sah tersingkir


ADVERTISEMENT