Vellfire Publish time 21-4-2025 10:32 AM

Arsenal tangguh hajat Liverpool julang kejuaraan EPL awal

Edited by Vellfire at 21-4-2025 10:34 AM

https://assets.bharian.com.my/images/articles/SOCCER-ENGLAND-IPS-ARS_REPORT_1745162410.jpg

ARSENAL menafikan peluang Liverpool untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini apabila menewaskan Ipswich Town yang beraksi dengan 10 pemain, 4-0 di Portman Road.

Dalam perlawanan pertama selepas menyingkirkan Real Madrid untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara, skuad bimbingan Mikel Arteta sekali lagi mempamerkan aksi cemerlang menentang Ipswich yang kini berada di ambang penyingkiran.

The Gunners menguasai permainan sejak sepak mula dan membuka tirai jaringan pada minit ke-14 menerusi Leandro Trossard yang menyudahkan hantaran Bukayo Saka, yang terlebih dahulu mendapat sentuhan Martin Odegaard.

Gol kedua hadir hasil gerakan menarik Saka di bahagian kanan yang menghantar bola ke kawasan penalti sebelum Mikel Merino melakukan flick untuk Gabriel Martinelli menyudahkannya ke gawang Ipswich yang terbuka.

Tugas Ipswich menjadi lebih sukar apabila pertahanan, Leif Davis dilayangkan kad merah pada minit ke-32 susulan terjahan keras terhadap Saka.

Trossard menambah jaringan peribadi keduanya pada minit ke-69 selepas menyudahkan satu gerakan sepakan sudut pendek yang dirancang rapi oleh Arsenal.

Pemain gantian, Ethan Nwaneri, menutup tirai jaringan dengan gol keempat dua minit sebelum tamat permainan, hasil satu rembatan yang terkena pemain lawan lalu menewaskan penjaga gol Ipswich.

Arsenal memiliki beberapa peluang lagi untuk menambah jaringan menerusi Merino dan dua percubaan Saka, namun gagal disempurnakan – sesuatu yang pastinya ingin diperbaiki Arteta.

https://www.sinarharian.com.my/article/724097/berita/sukan/arsenal-tangguh-hajat-liverpool-julang-kejuaraan-epl-awal
Pages: [1]
View full version: Arsenal tangguh hajat Liverpool julang kejuaraan EPL awal

ADVERTISEMENT