sfhzuraz Publish time 21-4-2025 01:01 AM

Martin dibenarkan keluar hospital, masih dipantau di Qatar

Martin dibenarkan keluar hospital, masih dipantau di Qatar

Reuters



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTOR-MOTOGP-QATAR__1745160533.jpg
MARTIN mengalami beberapa kecederaan termasuk retak tulang rusuk. FOTO Reuters


Doha: Juara dunia MotoGP, Jorge Martin akhirnya dibenarkan keluar dari Hospital Umum Hamad di Qatar selepas hampir seminggu menerima rawatan akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan di Grand Prix (GP) Qatar, hujung minggu lalu.
Pelumba pasukan Aprilia itu mengalami udara di dalam paru-paru dan beberapa tulang rusuk retak selepas terjatuh di selekoh 11 Litar Antarabangsa Lusail, sebelum dilanggar dari belakang oleh jentera Fabio Di Giannantonio (VR46 Racing).
Bagaimanapun, Martin masih belum dibenarkan pulang ke Eropah dan perlu kekal di Qatar untuk pemantauan lanjut sehingga keadaannya benar-benar stabil.
"Jorge keluar dari hospital dan akan kekal di Qatar untuk beberapa hari lagi sehingga keadaan kesihatannya membolehkan dia pulang. Penerbangan pulang secara bantuan perubatan akan diatur sebaik sahaja keadaannya mengizinkan," kata kenyataan rasmi Aprilia.
Insiden ngeri itu berlaku ketika Martin membuat penampilan pertamanya musim ini selepas terlepas tiga pusingan awal susulan kecederaan kaki dan tangan ketika sesi ujian pra musim.
Pusingan seterusnya MotoGP dijadual berlangsung di Sepanyol hujung minggu ini, namun kehadiran Martin di litar masih belum dapat dipastikan.


Disiarkan pada: April 20, 2025 @ 10:49pm
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/04/1209891/martin-dibenarkan-keluar-hospital-masih-dipantau-di-qatar



Pages: [1]
View full version: Martin dibenarkan keluar hospital, masih dipantau di Qatar


ADVERTISEMENT