sfhzuraz Publish time 20-4-2025 08:55 PM

Marquez dedah rahsia Honda, Ducati

Marquez dedah rahsia Honda, Ducati

Agensi



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Marc_Marquez2004_1745117242.jpg
MARQUEZ kini mendahului senarai kejuaraan MotoGP. -FOTO AFP


Paris: Marc Marquez menikmati zaman kegemilangannya bersama Honda, apabila memenangi enam kejuaraan MotoGP.
Namun, apabila projek mereka semakin merosot, jentera Desmosedici keluaran Ducati mengambil alih dominasi.
Beberapa tahun kemudian, Marquez yang kini bersama pasukan satelit Ducati dan sekali lagi mendahului kedudukan dalam MotoGP.
Beliau berkongsi perbezaan ketika menunggang dalam pusingan kelayakan bagi kedua-dua jentera itu.
"Keluar dari selekoh, kelebihan adalah pada Ducati. Itulah caranya untuk mencatat masa. Di Honda, kelebihannya terletak pada bahagian awal selekoh.
"Jika anda laju di bahagian awal selekoh, maka anda akan laju secara keseluruhan.
"Namun, di Ducati keadaannya berbeza. Perlu lebih berhati-hati di bahagian awal, kerana perbezaan masa lebih ketara ketika keluar dari selekoh.
"Di Honda, anda hanya perlu memecut dan cuba mengawal keluarannya.
"Dengan Ducati, anda perlu mengawal kemasukan ke selekoh terlebih dahulu, kemudian menekan ketika keluar."
Marquez kemudiannya memberi nasihat kepada pelumba muda yang ingin menjadi sepertinya ketika memenangi kejuaraan 125cc.
"Bersedialah. Kerana selepas itu, segalanya bagaikan mimpi."
"Saya hanya akan mengubah satu detik dalam kerjaya saya. Yang selebihnya? Saya akan katakan, ikut kata hati kamu dan semuanya akan berjalan dengan baik."


Disiarkan pada: April 20, 2025 @ 10:47am
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/04/1209632/marquez-dedah-rahsia-honda-ducati



Pages: [1]
View full version: Marquez dedah rahsia Honda, Ducati


ADVERTISEMENT