tatod Publish time 20-4-2025 02:32 PM

Netizen meluat wajah Kim Soon Hyun dipertontonkan di tempat awam





SEOUL: Sebuah papan iklan di sebuah stesen keretapi di sini yang memaparkan wajah pelakon kontroversi, Kim Soo Hyun telah menyemarakkan api kemarahan netizen.

Rata-rata netizen bukan sahaja berang, malah mempersoalkan tujuan pemilik papan iklan itu menayangkan wajah pelakon berusia 37 tahun tersebut dalam ramai yang membencinya ketika ini.

“Sungguh memalukan! Stesen Hongdae tumpuan pengunjung. Apa niat mereka buat begini?

“Disebabkannya pelancong tertanya-tanya, ‘bukankah pelakon ini seorang penjenayah? Kenapa wajahnya dipamerkan di tempat awam? Apa sudah jadi dengan Korea?

“Peminat K-Pop seluruh dunia pasti tahu tentang isu beliau. Bahkan, kisahnya dilaporkan di BBC News. Jadi kenapa pula kita mahu mempromosi dia ditempat awam?” marah netizen di platform X.

Soo Hyun dihujani kecaman selepas dituduh menjadi punca kematian kekasihnya yang juga pelakon, mendiang Kim Sae Ron.

Kematian Sae Ron, yang berlaku pada hari ulang tahun Soo Hyun menimbulkan spekulasi dan pelbagai tanda tanya.

Ramai netizen juga berharap Soo Hyun dipenjarakan kerana menjalinkan hubungan dengan Sae Ron ketika usia mendiang masih bawah umur iaitu 15 tahun pada 2015.

Dalam netizen mempersoalkan tindakan mempamerkan wajah pelakon itu di kawasan umum, muncul peminat yang mempertahankan perkara itu.

“Beliau adalah bintang antarabangsa. Pergilah negara mana sekalipun, anda pasti akan melihat wajahnya di papan iklan.

“Jadi, bersedialah kerana anda akan sentiasa melihat gambarnya di banyak tempat.

“Beliau tidak akan tunduk dengan budaya menjatuhkan kamu semua,” tulis Kim Pearl di platform X. – UTUSAN


acikonion Publish time 21-4-2025 02:20 AM

X mengikuti tau sikit2. Sekelip mata je karier hancur lebur. Even kt court terbukti x bersalah pun tetap nk pulih kn karier tu x mudah

Haibara-san Publish time 24-4-2025 04:44 PM

dari dulu mmg xminat sgt kalau dia berlakon. ada creepy vibe. tapi suara dia boleh tahan best, jenis deep & soulful.. suka lagu yg dia nyanyi utk ost Dream High. tapi lagu dia yg tu je la best, yg lain xbest sgt.
Pages: [1]
View full version: Netizen meluat wajah Kim Soon Hyun dipertontonkan di tempat awam


ADVERTISEMENT