sfhzuraz Publish time 18-4-2025 01:25 AM

Sanggup sewa rumah mewah untuk proses air ketum

Sanggup sewa rumah mewah untuk proses air ketum

Zuhainy [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm17keutums_1744895939.jpg
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam bersama dua lelaki disyaki pembekal air ketum, dalam serbuan di sebuah rumah di Persiaran Kelicap di sini. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI



Bayan Lepas: Dua lelaki warga tempatan sanggup menyewa sebuah rumah mewah di Persiaran Kelicap di sini, sejak enam bulan lalu semata-mata bagi menjalankan kerja pemprosesan air ketum.
Aktiviti mereka berjaya dibongkar menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan polis pada jam 2.30 petang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, turut ditemukan ialah dua tong air berisi sebanyak 600 bungkusan air ketum dan 15 bungkusan daun ketum seberat 75 kilogram (kg).
Katanya, serbuan itu membabitkan jumlah rampasan bernilai RM3,400.
"Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek sedang memproses air ketum berkenaan dalam sebuah periuk besar.
"Tangkapan membabitkan dua lelaki tempatan berusia 40 dan 42 tahun yang tidak bekerja.
"Kedua-duanya dipercayai bertindak sebagai 'pusher' atau pembekal air ketum," katanya kepada media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Sazalee berkata, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke balai polis bagi siasatan lanjut.
Katanya, siasatan mendapati rumah berkenaan disewa suspek selama enam bulan semata-mata bagi menjalankan aktiviti itu.
"Harga pasaran bagi sebungkus air ketum dianggarkan RM5 bagi pasaran sekitar daerah Barat Daya dan jika sebulan boleh mencecah RM6,000.
"Bekalan air ketum ini diambil dari utara tanah air dan mereka memang mempunyai pembekal yang tetap," katanya lagi.
Menurut Sazalee, seorang daripadanya mempunyai rekod lampau bersabit ketum dan pihaknya sedang mengesan sekiranya mereka punyai rangkaian.


Disiarkan pada: April 17, 2025 @ 9:19pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1208848/sanggup-sewa-rumah-mewah-untuk-proses-air-ketum



Pages: [1]
View full version: Sanggup sewa rumah mewah untuk proses air ketum


ADVERTISEMENT