sfhzuraz Publish time 18-4-2025 12:56 AM

Bot bilis tenggelam, 24 kru diselamatkan

Bot bilis tenggelam, 24 kru diselamatkan

Hamzah [email protected]






Langkawi: Seramai 24 kru diselamatkan selepas bot pukat bilis mereka bocor sebelum tenggelam di perairan Pantai Kok, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, kesemua kru berkenaan diselamatkan oleh nelayan dari tiga bot lain yang berada berhampiran lokasi kejadian.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam kenyataan memaklumkan Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi menerima maklumat kejadian pada 1.05 tengah hari.
"MRSC Langkawi menerima laporan mengenai sebuah bot nelayan tempatan membawa 24 kru terdiri dua warga tempatan dan 22 warga Thailand karam di perairan Pantai Kok.
"Kesemua mangsa diselamatkan tanpa kecederaan oleh tiga bot lain yang berada berhampiran lokasi kejadian. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak diaktifkan," katanya.
Semalam, satu video berdurasi dua minit 45 saat tular di media sosial memaparkan kejadian sebuah bot nelayan tenggelam sebelum semua krunya diselamatkan bot lain yang berada berhampiran.


Disiarkan pada: April 17, 2025 @ 10:25am

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/blilmsan1_1744859870.jpg
TANGKAP layar video memaparkan sebahagian 24 kru menyelamat diri selepas bot bilis yang mereka naiki tenggelam di perairan Pantai Kok, Langkawi. FOTO Tular





sfhzuraz Publish time 18-4-2025 12:57 AM

4XXezPJA6eE?si=w2nokkzpcdXp4EiQ
Pages: [1]
View full version: Bot bilis tenggelam, 24 kru diselamatkan


ADVERTISEMENT