Kehilangan pelakon Jepun terjawab, mayat ditemukan polis selepas 4 bulan
PENYANYI dan pelakon Jepun iaitu Mizuki Itagaki yang dilaporkan hilang sejak akhir Januari lalu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di Tokyo.
Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh ahli keluarga mendiang menerusi hantaran di Instagram.
Keluarga mendiang memberitahu mayat Mizuki, 24, ditemukan oleh pihak polis namun mereka tidak memperincikan punca kematian mendiang.
Bagaimanapun keluarga ada memaklumkan Mizuki berdepan dengan masalah kesihatan mental sejak tahun lalu.
Walaupun begitu, dia sedaya upaya menyembunyikan perkara tersebut sebaliknya berkongsi wajah ceria terutama di dalam setiap lakonannya.
Mereka juga berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada Mizuki.
"Dia baru sahaja mula mengambil langkah untuk kembali bekerja, jadi amat menyayat hati hidupnya berakhir seperti ini.
“Sesuatu yang dia mungkin tidak pernah jangka," katanya.
Mizuki memulakan kerjaya sebagai ahli kumpulan pop Jepun M!LK pada usianya 10 tahun selepas bakatnya berjaya dicungkil oleh Jepun Stardust Promotion.
Malah bakat lakonanya mula diketengahkan selepas berjaya mencuri perhatian menerusi filem Ushijima The Loan Shark Part 2 pada tahun 2014.
Dia turut membintangi beberapa drama lain seperti Hibiki (2018), Love Stoppage Time (2019) dan In-House Marriage Honey (2020). - mStar
4 bulan tu family langsung x ketuk rumah dia ke tak berbau ke
acikonion replied at 18-4-2025 05:19 AM
4 bulan tu family langsung x ketuk rumah dia ke
Tulis jumpa kat tokyo ja. Tak semestinya kat rumah. Dh hilang since Januari mebi ada cari tp tak jumpa. Ya ampun, terkejut sangat. Patutlah dah lama tak nampak dia berlakon dorama.
Dia cute sesangat. Ada few dorama & movies dia yang aku tengok. Teringat penyanyi lama Yutaka Ozaki. Handsome sangat orangnya, pun founded dead jua tapi lebih tragis la. Tak tahu Mizuki ni jumpa dalam keadaan macam mana kematiannya tu. Dah mati 4 bulan ke baru mati.. x reput ke kalau 4 bulan dah mati
Pages:
[1]