sfhzuraz Publish time 17-4-2025 07:59 PM

Isu video wanita menari mencolok mata: MBPP ambil tindakan terhadap penganjur

Isu video wanita menari mencolok mata: MBPP ambil tindakan terhadap penganjur

Zuhainy [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Screenshot_2025-04-16_165423_copy_1744858937.jpg
LAPORAN terdahulu Harian Metro



Georgetown: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengambil tindakan terhadap penganjur pesta Songkran di Batu Feringghi di sini, baru-baru ini, yang mencetuskan kontroversi.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, penganjuran festival itu di bawah bidang kuasa MBPP.
"Penganjur mempunyai lesen hiburan, namun penganjurannya tidak mengikut syarat yang ditetapkan.
"Pihak MBPP akan mengambil tindakan, termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada penganjur," katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Menurut Mohamad, pandangannya tetap selari dengan kenyataan Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman, pada 10 April lalu yang menegaskan bahawa umat Islam dilarang mengambil bahagian dalam festival Songkran, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai video tular yang memaparkan beberapa gadis dengantarian separuh bogel dan mencolok mata dipercayai berlaku ketika sambutan Pesta Songkran.
Pengerusi Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman, Ismail Din berkata, penganjuran acara itu jelas sekali menunjukkan aktiviti tidak senonoh dan menjelekkan serta tidak sepatutnya dibuat di Pantai Batu Feringghi yang menjadi pantai awam dikunjungi setiap lapisan masyarakat berbilang bangsa dan agama.
Ia turut mendapat pelbagai reaksi warganet serta masyarakat tempatan berikutan lokasi penganjuran aktiviti itu yang terletak kira-kira 50 meter daripada masjid.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya belum terima laporan daripada mana-mana pihak berhubung video tular.
Semakan mendapati acara itu dianjurkan oleh sebuah restoran yang memiliki lesen perniagaan dan tempat hiburan am daripada MBPP.


Disiarkan pada: April 17, 2025 @ 11:02am
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1208582/isu-video-wanita-menari-mencolok-mata-mbpp-ambil-tindakan-terhadap



Pages: [1]
View full version: Isu video wanita menari mencolok mata: MBPP ambil tindakan terhadap penganjur


ADVERTISEMENT