sfhzuraz Publish time 17-4-2025 07:44 PM

Gangguan bekalan air di UniMAP berpunca sistem perpaipan dalaman - SPAN

Gangguan bekalan air di UniMAP berpunca sistem perpaipan dalaman - SPAN

Oleh Mahaizura Abd Malik - April 17, 2025 @ 5:00pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/takdaair23_1744880418.jpg
Foto hiasan.


KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air di Kompleks Perumahan UniCITI Alam (KPUA) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kampus Sungai Chuchuh dekat Padang Besar, Perlis berpunca sistem perpaipan dalaman di premis universiti berkenaan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkata, gangguan itu bukan disebabkan tekanan paip utama operator air iaitu Syarikat Air Perlis Sdn Bhd (SAP).
"SAP telah menjalankan siasatan di tapak pada 1 April lalu dan mengadakan pertemuan dengan pengurusan UniMAP pada 14 April lalu untuk mendapatkan keterangan lanjut selepas aduan diterima.
"Hasil siasatan di lokasi mendapati tekanan bekalan air selepas meter utama (meter pukal) adalah mencukupi dan melebihi tekanan minimum ditetapkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
SPAN berkata, kawasan di sekitar Kompleks UniCITI menerima bekalan air daripada Loji Rawatan Air Timah Tasoh, dengan kompleks ini mempunyai dua sumber bekalan air disalurkan melalui paip utama SAP bersaiz 315 milimeter (mm) jenis HDPE.
"Hanya sebahagian daripada enam blok terjejas akibat gangguan bekalan air.
"Gangguan bekalan air pada blok-blok yang berkenaan disebabkan oleh masalah sistem perpaipan dalaman yang dilaksanakan pemaju," katanya.
Katanya, keseluruhan sistem bekalan air dalaman kawasan yang mengalami gangguan (selepas meter pengguna-meter pukal) adalah di bawah tanggungjawab pemilik premis atau pemaju untuk kerja operasi.
"SAP bagaimanapun mengaturkan bantuan yang perlu antaranya dengan membuat pintasan sementara iaitu tidak melalui meter air utama SAP (meter pukal) bagi membolehkan blok terjejas di UniMAP mendapat bekalan air, menghantar bekalan air melalui lori tangki SAP dan mengepam bekalan air ke dalam tangki di premis UniMAP," katanya.
Terdahulu, UniMAP memaklumkan, KPUA mengalami gangguan bekalan air sejak 7 April lalu akibat kebocoran saluran utama perpaipan berhampiran yang menyebabkan tekanan air terlalu rendah di kawasan itu.
Kata UniMAP, beberapa langkah mitigasi diambil untuk memastikan kebajikan mahasiswa terkesan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1385754/gangguan-bekalan-air-di-unimap-berpunca-sistem-perpaipan-dalaman




Pages: [1]
View full version: Gangguan bekalan air di UniMAP berpunca sistem perpaipan dalaman - SPAN


ADVERTISEMENT