APM terima kes kehadiran anak harimau di Kampung Bukit Tegur
APM terima kes kehadiran anak harimau di Kampung Bukit TegurOleh Zuliaty Zulkiffli - April 17, 2025 @ 10:54am
https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo_6055484479964824404_y_1744858469.jpg
Anggota APM Pendang memasang perangkap di kawasan Kampung Bukit Tegur selepas anak harimau gagal ditangkap - Foto NSTP/Ihsan APM.
PENDANG: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pendang menerima panggilan berhubung kehadiran seekor anak harimau di Kampung Bukit Tegur, malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan melalui talian MERS 999 daripada pemanggil pada jam 8.30 malam.
Beliau berkata, sepasukan anggotanya dari skuad Charlie seramai lima orang bergegas ke lokasi sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu.
"Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Pendang menerima kes kehadiran anak harimau dan dimaklumkan ia berkeliaran di hadapan reban ayam.
"Bagaimanapun, tindakan menangkap anak harimau itu gagal selepas ia berjaya melarikan diri dari lokasi berkenaan.
"Sebagai langkah susulan, anggota APM Pendang bertindak memasang perangkap bagi tujuan pemantauan dan tindakan selanjutnya di lokasi," katanya ketika dihubungi hari ini.
Yuslina bagaimanapun menasihatkan penduduk di kawasan itu supaya menghubungi segera pasukan penyelamat jika ternampak anak harimau berkenaan.
Beliau turut menasihatkan penduduk supaya berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1385488/apm-terima-kes-kehadiran-anak-harimau-di-kampung-bukit-tegur
Pages:
[1]