PDRM mohon peruntukan RM80 juta, perkukuh keupayaan kesan dadah sintetik
PDRM mohon peruntukan RM80 juta, perkukuh keupayaan kesan dadah sintetikOleh Zuliaty Zulkiffli - April 17, 2025 @ 3:59pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/ayobbbdadagrshkhannn_117536106_1744877155.jpg
Ayob Khan (tengah) melihat dadah yang dirampas dalam serbuan Op Kenari di Kedah dan Pulau Pinang pada sidang media di IPK Kedah. - Foto NSTP/Zuliaty Zulkiffli
ALOR SETAR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon peruntukan tambahan RM80 juta daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperkukuh keupayaan mengesan dadah sintetik seperti methamphetamine dan fentanyl.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pembelian peralatan khas penting untuk membantu pihaknya dalam usaha memerangi dadah berasaskan bahan kimia yang semakin mengancam masyarakat.
Beliau berkata, sebelum ini melalui kerjasama bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pihaknya menerima mesin pengesan baharu bernilai RM3.6 juta.
"Kami sudah menerima RM8.4 juta daripada kerajaan dan kini dalam proses mengemukakan permohonan tambahan RM80 juta daripada KDN bagi meningkatkan keupayaan peralatan.
"Peruntukan ini bagi menambah mesin khas yang digunakan bagi mengesan dadah jenis sintetik," katanya pada sidang sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini hari ini.
Ayob Khan mendedahkan, hasil kerjasama bersama penyelidik UKM, pihaknya baru-baru ini berjaya mengesan kehadiran bahan fentanyl dalam pasaran dadah tempatan.
"Fentanyl sering dirujuk sebagai 'dadah zombi' kerana ia dipercayai 100 kali lebih kuat daripada morfin ," katanya.
Pada bulan lalu, Ayob turut mengesahkan kehadiran fentanyl dan methamphetamine melalui analisis sampel kumbahan di Lembah Klang dan Johor .
Beliau menegaskan bahawa pihak penguatkuasaan perlu meningkatkan keupayaan dalam membanteras ancaman dadah sintetik yang semakin kompleks.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1385710/pdrm-mohon-peruntukan-rm80-juta-perkukuh-keupayaan-kesan-dadah-sintetik
Pages:
[1]