sfhzuraz Publish time 17-4-2025 07:10 PM

Budak 3 tahun ditemukan lemas di kolam renang inap desa

Edited by sfhzuraz at 17-4-2025 07:12 PM

Budak 3 tahun ditemukan lemas di kolam renang inap desa

Zuhainy [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm17limass_1744886448.jpg
Lokasi kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun yang ditemukan lemas dalam kejadian di sebuah inap desa, di Teluk Kumbar, di sini. FOTO IHSAN PDRM



Bayan Lepas: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan lemas dalam kolam renang di sebuah Inap Desa di Teluk Kumbar di sini, semalam.
Dalam kejadian itu, kanak-kanak malang berkenaan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan selepas dibawa ke Hospital Balik Pulau.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan mendapati bapa mangsa berusia 46 tahun membawa tiga anak termasuk kanak-kanak itu ke inap desa berkenaan bagi bertemu kenalannya yang datang dari Kuala Lumpur.
Katanya, ibu mangsa tidak ikut bersama kerana sedang bekerja sebagai operator kilang.
"Kira-kira jam 10.15 malam, rakannya menyedari kanak-kanak terbabit tiada dalam bilik sebelum mereka bergegas mencari mangsa.
"Mangsa yang juga anak bongsu ditemukan terapung di kolam mandi inap desa itu dalam tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mengulas lanjut Sazalee berkata, mangsa dikejarkan ke hospital sebelum doktor mengesahkan kematiannya.
Katanya, bedah siasat sudah dilakukan di Unit Perubatan Forensik Hospital Balik Pulau pada jam 10 pagi tadi.
"Hasil laporan bedah siasat mengesahkan kematian mangsa adalah berpunca daripada lemas.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya lagi.


Disiarkan pada: April 17, 2025 @ 6:41pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1208799/budak-3-tahun-ditemukan-lemas-di-kolam-renang-inap-desa



Pages: [1]
View full version: Budak 3 tahun ditemukan lemas di kolam renang inap desa


ADVERTISEMENT