Macam duduk hotel, celik mata terus dapat makan! Wanita geram adik ipar malas masuk dapur, muka tak malu
SATU kisah tentang seorang adik ipar yang dianggap tidak tidak boleh diharap meraih perhatian ramai di media sosial.
Kisah itu dikongsikan semula seorang wanita selepas mendengar luahan rakan yang kecewa dengan sikap adik ipar kerana tidak menghormati ibu mentua.
"Teruk juga budak sekarang. Budak-budak sekarang ni kahwin memang tak ada common sense ke? Balik rumah mentua, apa salahnya bangun awal tolong dekat dapur.
"Ni bangun-bangun tidur terus makan macam dekat hotel, tak rasa segan ke? Senang betul hidup. Moga satu hari nanti, kau dapat menantu copy paste (perangai) macam tu juga.
"Baru kau tahu macam mana rasanya," ujarnya bagi mengulas tentang perihal adik ipar rakannya itu.
Bagaimanapun perkongsian itu tidak terlepas daripada kecaman dan respons negatif netizen yang tidak bersetuju dengan pendapat pelayar itu.
Malah, netizen turut menyuarakan pandangan bahawa sebelum menegur menantu, sepatutnya 'si abang' (adik lelaki wanita tersebut) juga perlu ditegur kerana bersikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab.
"Kawan awak harapkan adik ipar dia kahwin untuk jadi bibik dekat rumah mentua ke? Sebelum kahwin elok je mak mentua kemas dapur. Kenapa lepas kahwin menantu pula nak ambil alih dapur.
"Minta kawan tu tegur adik dia sendiri. Suruh adik sendiri rajin dulu. Menjengkelkan betul apabila jadi menantu je nak kena rajin, masuk dapur... tapi anak sendiri?
"Mak saya ajar anak-anak sendiri kena rajin. Menantu nak tidur balik selepas solat Subuh pun tak apa. Dia tak akan mengata . Apa-apa pun tegur anak sendiri dulu," komen beberapa netizen.
Bagaimanapun selepas menerima pelbagai kecaman, pemilik akaun tampil menjelaskan situasi sebenar dengan lebih mendalam.
Menurut wanita berkenaan, rakannya tidak berniat untuk hanya menyalahkan iparnya semata-mata kerana turut mengakui bahawa adik lelaki yang lain juga tidak berfungsi dengan baik.
"Kawan saya cerita juga mengenai adik dia. Adik dia sendiri lelaki tapi tak function (tak buat kerja) juga. Bangun tidur pun lambat. Macam mana nak bimbing isteri dia.
"Mungkin ayat saya tu yang salah. Saya sebenarnya nak sebut kedua-dua pasangan tu. Apabila dia cerita, saya jadi geram.
"Orang lain nak berumah tangga, dia nak kahwin juga tapi buat macam tu (pemalas)," ulasnya mengenai perkara itu lagi.- mStar
Penat jd menantu kena serba serbi perfect di rumah mentua. Di rumah sndri pun kena serba serbi tangkas layan suami. Husband kt rumah sndri boleh baring2. Balik rumah bini pun baring dgn tenang. Mujur acik ada mentua yg sempoi. Kdg acik bgn jam 10am juga. Lepas 10y kawin lee baru berani. kak ipar aku rileks je
balik kg terperuk dalam bilik
duduk ruang tamu setakat tengok tv
tapi diam membatu apa pun tak buat
balik kg belah laki adalah setahun 2 3 kali
itupun tak bermalam, balik hari
tapi kalau balik belah perempuan
abg aku siap cuti sampai seminggu
balik pun setiap 2 3 bulan sekali
bapak aku sampai kecik2 hati
mak aku diam malas nk bising depan2
tapi belakang2 bising :huffy
sbb malas nk bergaduh dgn anak
nnt anak tak balik terus
mak aku masuk hospital 10 hari
haram datang jenguk
call pun tidak
tapi lakinya tetap menangkan bini
dah itu jodoh dan pilihan anak masing2
Pages:
[1]