Macam tak cukup nafas, peminat bengang tengok persembahan ‘separuh mati’ Jennie
PERSEMBAHAN penutup minggu pertama penyanyi Jennie Blackpink di pentas Coachella 2025 yang berlangsung di California, Amerika Syarikat mendapat reaksi negatif penonton.
Jennie mengambil alih pentas di ‘Outdoor Theatre’ pada Ahad lalu dan menyampai 13 buah lagu solo menerusi konsep persembahan intim bersama peminat.
Pun begitu, persembahan tersebut tidak berjalan seperti dirancang malah peminat menggunakan media sosial berkongsi kekecewaan mereka.
“Sebagai peminat Blackpink dan muzik kpop yang telah mengikuti semua persembahan di Coachella, saya kecewa melihat Jennie bergelut dengan stamina dan kelihatan separuh mati sepanjang persembahan.
“Jennie seperti kehabisan nafas setiap kali menyanyi. Dia menyanyi mungkin hanya 30 saat dan selebihnya menjerit.
“Senarai lagu yang dinyanyikan juga sangat mengerikan. Dia tidak boleh menyanyikan lagu-lagu tersebut terus menerus,” tulis netizen.
Selain Jennie, pentas Coachella 2025 tahun ini turut memperlihatkan penampilan penyanyi popular lain termasuk Lisa Blackpink, Lady Gaga, Green Day dan Missy Elliot. - mStar
Nak komen tapi tatut kt blink Lagu2 jennie best tapi dia struggle masalah stamina. Memang artists kena work out selalu sebab performance tu guna byk energy. Mcm taylor swift dia lari atas threadmill sambil nyanyi masa practice supaya tak out of breath nanti acikonion replied at 18-4-2025 04:55 AM
Nak komen tapi tatut kt blink
komen jer lahh..
iols rasa faktor umur pun yaa, pastu apa dia makan,
genre lagu pun trjerit-jerit, kot dia isap pod lagi..
mana tak stamina drop tetiba.. penyebab jer semua ni.
Kau miming jelah dik Jeni. bukan ke Jennie cepat semput ...
masa dia perfom kat awar mana entah ...
tengok rupa macam tak cukup udara
Duit banyak Jenah oiii. Do la something! Lagu jennie mcm tak best je..
Kalau nak layan sambil buat keje rumah boleh la
Hahaha..
Mantra tu bg iols.okay kot
Kalau like jennie ke..filter ke..mcm entah le . rasanya geng blackpink ni suara unik, tapi vocally memang tak boleh maintain nak nyanyi Jennie ni mcm x buat exercise or anything langsung sebba rapping pun mcm mengah mengah, padahal main talent dia rapping:lol: lasagna replied at 18-4-2025 03:45 PM
komen jer lahh..
iols rasa faktor umur pun yaa, pastu apa dia makan,
Dia isap pod ke Rose je nyanyi live sedap takat ni. Yg lain tu miming n harap rupa n sexy yg lebih nye JahLupa replied at 1-5-2025 12:15 AM
Dia isap pod ke
lahh kan prnh viral kantoi dia vape kat Italy..
smp dia buat pemohonan maaf lah, pd hal indoor jer.
so ramai laa peminat frust dgn dia, trkantoi kan,
kot sorok2 ok lagi laa.
Edited by lightheaded67 at 5-5-2025 08:45 AM
lasagna replied at 1-5-2025 03:10 PM
lahh kan prnh viral kantoi dia vape kat Italy..
smp dia buat pemohonan maaf lah, pd hal indoor jer ...
mesti kena hisap punya, stres kerja, makan pulak kena catu
takde bnde nk kasi sedap
pastu katanya sapkok boleh potong selera makan
pod pon sama la agaknye kot hehe
model ramai smoking
Pages:
[1]