Bukan tiada ‘job’ tapi Agnez Mo memilih, hanya terima tawaran bayaran tinggi
SEJAK kebelakangan ini, penyanyi Agnez Mo sering dilihat berada di Indonesia berbanding Amerika Syarikat.
Pun begitu, sepanjang berada di Indonesia Agnez atau Agnes Monica Muljoto, 39, kurang muncul mengadakan persembahan atau konsert berskala besar.
https://www.instagram.com/agnezmo/reel/DGYYf0KS58k/
Disebabkan itu ramai mendakwa karier Agnez bukan sahaja tidak menjadi di Amerika tetapi sudah kurang mendapat tawaran persembahan di negara sendiri.
Menyangkal perkara itu, Agnez sebaliknya menjelaskan dia sebenarnya cerewet apabila berkaitan memilih tawaran kerja.
"Ada orang kata saya tiada pekerjaan, terus terang saya memang memilih bila berkaitan kerja," katanya.
https://www.instagram.com/agnezmo/p/DDghXQIR1px/?img_index=1
Dalam pada itu, Agnez memberitahu dia juga lebih suka bekerja sekali sekala tetapi gaji tinggi berbanding banyak tawaran tapi pendapatannya rendah.
"Apabila mempunyai banyak pilihan, saya tidak melulu dalam memilih dan hanya ambil satu sahaja.
"Itu sahaja bayaran yang diterima boleh tampung hidup untuk bertahun-tahun," jelasnya. - mStar
Retis lama mmg pilih job payment tinggi. Keje setahun rest bertahun2 lagu2 pun dah tak best sejak berhollywood ni Dia ni masih di Hollywood atau dha balik Indon? Yuna pun dah balik msia... dia dh up
mana nak ambik job yg ntah apa2 Usia dah 39, kira pangkat nenek2 dah di holiwud. Mana betah bersaing dgn kpoopers mcm lisa, jennie semua tu. Lagu dia pun, meh.. virgocircus replied at 21-4-2025 02:25 PM
Dia ni masih di Hollywood atau dha balik Indon? Yuna pun dah balik msia...
Dia masih di Hollywood, abis launching sepatu bareng FCTRY Lab
semoga tahun ini album barunya bisa cepat rilis
Balik terus je la indo.. mcm x menjadik je duduk US tu.. duk indo kemain famous dulu..
Pages:
[1]