3 ditahan rasuah selenggara sungai di Kedah
3 ditahan rasuah selenggara sungai di KedahMuhaamad Hafis [email protected]
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/sungai_%283%29_1744816358.jpg
TIGA individu dibawa ke ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini untuk mendapatkan reman. FOTO Ihsan SPRM.
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman tiga individu termasuk Pengurusan Tertinggi sebuah Badan Berkanun milik kerajaan kerana disyaki terbabit rasuah membabitkan kerja penyelenggaraan sungai di sebuah daerah yang terletak di negeri Kedah.
Menurut sumber, suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan kira-kira jam 6 petang Isnin lalu ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Kedah.
Susulan penahanan itu, kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar semalam dan perintah reman selama tiga hari bermula semalam sehingga 17 April 2025 dikeluarkan oleh Majistret Eliana Ismail.
"Suspek utama yang juga Timbalan Ketua Eksekutif dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2019.
"Suspek disyaki menerima sejumlah wang rasuah melalui akaun syarikat milik isterinya sebagai balasan kepada kelulusan kerja-kerja penyelenggaraan sungai di sebuah daerah di negeri Kedah," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Disiarkan pada: April 16, 2025 @ 10:52pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1208476/3-ditahan-rasuah-selenggara-sungai-di-kedah
Pages:
[1]