sfhzuraz Publish time 17-4-2025 12:14 AM

Tujuh negara rebut hak tuan rumah Sukan Komanwel 2030

Tujuh negara rebut hak tuan rumah Sukan Komanwel 2030

Reuters



https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Sukan_Komanwel_1744812693.jpg
KALI terakhir penganjuran Sukan Komanwel ialah di Birmingham pada 2022. FOTO AFP


London: Sukan Komanwel dilihat kembali berada di landasan kukuh apabila tujuh negara dari empat benua tampil menyatakan minat menganjurkan edisi akan datang temasya itu – termasuk sambutan bersejarah ulang tahun ke-100 pada tahun 2030.
Setakat ini, Kanada, India dan Nigeria secara terbuka mengumumkan hasrat untuk menganjurkan edisi 2030, menurut pengumuman rasmi badan induk Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).
Selain itu, dua lagi negara 'misteri' turut dalam pertimbangan, menjadikan persaingan merebut hak penganjuran semakin sengit.
Dua lagi permohonan berasingan diterima untuk edisi masa hadapan, termasuk New Zealand yang mensasarkan edisi 2034, sekali gus mencerminkan kebangkitan semula minat terhadap temasya empat tahun sekali itu selepas melalui tempoh sukar.
"Kami amat teruja dengan minat luar biasa yang datang dari pelbagai pelosok Komanwel," kata Ketua Pegawai Eksekutif CGF, Katie Sadleir.
"Sambutan positif dari empat daripada enam rantau kami membuktikan betapa pentingnya Sukan Komanwel dalam kalendar sukan dunia, seiring dengan temasya Olimpik dan Paralimpik."
Minat luar biasa ini hadir selepas Victoria, Australia menarik diri sebagai tuan rumah edisi 2026 atas faktor kos yang melambung, sebelum Scotland tampil sebagai penyelamat dengan menawarkan Glasgow sebagai hos baharu untuk temasya itu.
"Peranan Scotland dalam perubahan ini sangat besar. Glasgow 2026 akan menjadi jambatan kepada wajah baharu Sukan Komanwel," ujar Katie lagi.
Sejak Januari lalu, CGF memperkenalkan proses pemilihan tuan rumah yang lebih fleksibel dan kolaboratif, menggantikan kaedah bidaan tradisional.
Kaedah baharu ini dilihat memberi ruang kepada lebih banyak negara untuk tampil dengan model penganjuran yang inovatif dan bersesuaian dengan kapasiti masing-masing.
"Memandangkan jumlah penyertaan yang tinggi, kami kini dalam proses meneliti setiap cadangan secara terperinci," kata Pengarah Perancangan dan Jaminan CGF, Darren Hall.
Dalam tempoh lima bulan akan datang, calon-calon bakal membentangkan cadangan lengkap masing-masing, sebelum satu nama disyorkan untuk kelulusan dalam Perhimpunan Agung Komanwel di Glasgow pada November 2025.
Model baharu ini memberi penekanan terhadap pengurangan kos, program sukan yang fleksibel serta komitmen berterusan terhadap sukan para (sukan Para), selaras dengan hasrat menjadikan Sukan Komanwel lebih inklusif dan mudah dianjurkan oleh negara pelbagai latar belakang.
Bermula pada 1930 sebagai British Empire Games di Hamilton, Kanada, Sukan Komanwel kini membabitkan lebih 70 pasukan bertanding dalam lebih 20 acara sukan – dengan edisi terakhir berlangsung di Birmingham, England pada 2022.


Disiarkan pada: April 16, 2025 @ 10:08pm
https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/04/1208468/tujuh-negara-rebut-hak-tuan-rumah-sukan-komanwel-2030



Pages: [1]
View full version: Tujuh negara rebut hak tuan rumah Sukan Komanwel 2030


ADVERTISEMENT