Mufti gesa tindakan tegas isu wanita menari mencolok mata
Edited by sfhzuraz at 16-4-2025 05:32 PMMufti gesa tindakan tegas isu wanita menari mencolok mata
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
16 April 2025 02:05pm
https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2025/04/16/3086961.webp
Tular video di media sosial memaparkan beberapa wanita menari dalam keadaan berpakaian mencolok mata di atas sebuah premis ketika sambutan pesta muzik Songkran baru-baru ini. Gambar kecil: Mohd Sukki
GEORGE TOWN - Tindakan beberapa orang wanita menari dalam keadaan mencolok mata di kawasan pelancongan Batu Feringghi baru-baru ini disifatkan sebagai perbuatan tidak bermoral yang mencemarkan imej negara serta menyinggung sensitiviti agama dan budaya masyarakat.
Sehubungan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman menggesa beberapa langkah tegas yang perlu diambil oleh semua pihak termasuk pihak berkuasa.
Menurutnya, pihak berkuasa perlu bertindak segera berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada terhadap individu yang terlibat.
"Selain itu, pihak pengurusan kawasan pelancongan diminta memperketat garis panduan dan kawalan agar insiden sedemikian tidak berulang.
"Masyarakat pula diminta agar lebih cakna, tidak memandang remeh isu kemungkaran awam serta memainkan peranan dalam usaha amar makruf nahi mungkar secara berhikmah," katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Tambah beliau, perbuatan seperti itu bukan sahaja bertentangan dengan adat ketimuran, malah mencabar ajaran Islam yang menjadi agama Persekutuan dan asas kepada pembinaan masyarakat yang berakhlak serta bermaruah.
“Islam amat menekankan nilai maruah, kesopanan dan penjagaan aurat, bukan hanya dalam ruang peribadi tetapi lebih-lebih lagi di tempat awam.
“Tindakan membuka aurat dan berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai jelas bercanggah dengan ajaran Islam dan merupakan satu kemungkaran yang mesti dicegah,” katanya lagi.
Menurut beliau, tindakan seperti itu membawa kepada kerosakan akhlak (fasad), memberi contoh buruk kepada generasi muda dan mengancam keharmonian masyarakat yang hidup dengan nilai agama dan budi pekerti.
“Sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan, kita wajib memastikan kemuliaan agama ini tidak dicemari oleh perbuatan yang jelas bertentangan dengan tuntutan syarak dan norma masyarakat yang bermaruah.
“Agama dijunjung, maruah dipelihara, ini adalah prinsip yang perlu kita pegang bersama,” katanya.
Sebelum ini, tular satu klip video di media sosial memaparkan beberapa wanita menari dalam keadaan berpakaian mencolok mata di atas sebuah premis ketika sambutan pesta muzik Songkran baru-baru ini.
Difahamkan, pesta itu diadakan di sebuah premis di tepi pantai di Batu Feringghi dekat sini.
Pesta berkenaan dianjurkan oleh sebuah kelab yang beroperasi di pusat pelancongan berkenaan.
Dalam rakaman video berdurasi 37 saat itu, ia memaparkan beberapa wanita menari dalam keadaan separuh bogel di atas bangunan premis berkenaan.
Lebih mengecewakan, premis berkenaan hanya terletak kira-kira 50 meter dari sebuah masjid.
Difahamkan, pesta tersebut dianjurkan pada Sabtu dan Ahad lalu oleh pihak swasta bersempena sambutan Songkran dan ia bermula pada jam 4 petang hingga lewat malam.
Menurut iklan pada poster penganjuran, orang ramai yang ingin menyertai pesta air ini perlu membeli tiket pada harga antara RM60 hingga RM120 seorang.
https://www.sinarharian.com.my/article/723191/berita/semasa/mufti-gesa-tindakan-tegas-isu-wanita-menari-mencolok-mata
Pages:
[1]