sfhzuraz Publish time 16-4-2025 04:18 PM

6 sekawan nafi cederakan pemandu lori dengan parang, topi keledar

6 sekawan nafi cederakan pemandu lori dengan parang, topi keledar

Oleh Nur Izzati Mohamad - April 16, 2025 @ 2:37pm



https://assets.bharian.com.my/images/articles/hm239enam_1744785412.jpg
Polis mengiringi enam lelaki yang berdepan pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang pemandu lori. - Foto NSTP/Nur Izzati Mohamad


BUTTERWORTH: Enam sekawan termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap pemandu lori menggunakan parang dan topi keledar, awal bulan ini.
Tertuduh, S Vimalraj, 29; M Rubenesan, 26; P Kesvaraj, 25; N Yogeswaran, 26, serta dua beradik S Ranjeev Ram, 26 dan Sree Ram, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas lelaki berusia 26 tahun menggunakan parang dan topi keledar yang mungkin boleh mengakibatkan kematian.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Taman Bestari, Nibong Tebal dalam daerah Seberang Perai Selatan, jam 3.30 pagi, 6 April lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin, manakala semua tertuduh diwakili peguam S Yuvaarshana.
Muhammad Rifaie tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kesalahan di bawah seksyen itu tidak boleh diikat jamin.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin masing-masing RM8,000 seorang dan perlu mematuhi syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 16 Mei depan.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1385187/6-sekawan-nafi-cederakan-pemandu-lori-dengan-parang-topi-keledar




Pages: [1]
View full version: 6 sekawan nafi cederakan pemandu lori dengan parang, topi keledar


ADVERTISEMENT