sfhzuraz Publish time 16-4-2025 02:40 PM

Banjir kilat di Sungai Pinang, Georgetown

Banjir kilat di Sungai Pinang, Georgetown

Zuhainy Zulkiffli - April 16, 2025 @ 8:15am





GEORGETOWN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Timur Laut memindahkan penduduk susulan banjir kilat di beberapa lokasi sekitar Sungai Pinang awal pagi tadi.
Antara yang dipindahkan adalah orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.
Pegawai Waran II APM Daerah Timur Laut, Sarjan Mejar II Muhamad Haidzir Abai Zulkifli Abai berkata pihaknya menerima maklumat orang awam jam 1.35 pagi mengenai mangsa beberapa rumah terjejas di Jalan P Ramlee.
Sebaik tiba di lokasi bersama lima lagi anggota, didapati air sudah meningkat hingga 0.7 meter.
"Kita mengesan sebuah rumah dihuni penduduk berstatus OKU dan warga emas sebelum memindahkan mereka ke bahagian atas rumah berkenaan," katanya di lokasi, hari ini.
Tinjauan mendapati kawasan sekitar seperti Lorong Kampar, Kampung Dodol, Jalan Perak, Jalan Terengganu, Jalan Anson juga turut digenangi air akibat banjir kilat.
Hujan lebat sejak jam 11.30 malam tadi dan berterusan sehingga lebih dua jam bagaimanapun kembali reda jam 3 pagi. Tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Sementara itu penduduk di Jalan P Ramlee, Saiful Hazri, 39, berkata dia menyedari kawasan rumahnya dinaiki air selepas dihubungi jiran.
Katanya, dia yang tinggal bersama enam lagi ahli keluarga termasuk warga emas kemudian mengubah kedudukan keretanya ke tempat lebih tinggi.
"Namun dua motosikal tidak sempat diselamatkan kerana air naik begitu cepat hingga ke paras pinggang," katanya.


https://assets.bharian.com.my/images/articles/HM1604bah_1744772504.jpg
Antara kawasan sekitar Sungai Pinang, Georgetown yang terjejas akibat banjir kilat. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli





sfhzuraz Publish time 16-4-2025 02:40 PM

030UEQVmPKU?si=YluzQ1d5ZZ4k8Hp1
Pages: [1]
View full version: Banjir kilat di Sungai Pinang, Georgetown


ADVERTISEMENT