Vellfire Publish time 16-4-2025 10:48 AM

Modric kini pemilik bersama Swansea

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250415/lukamodric.jpg

Gambar AFP
LONDON: Pemain tengah kelab Real Madrid dan skuad kebangsaan Croatia, Luka Modric (gambar) menyertai kelab Swansea sebagai pelabur dan juga pemilik bersama, menurut pengumuman kelab Liga Kejuaraan itu semalam.
Pemain berusia 39 tahun itu menghabiskan 13 musim terakhir bersama Real Madrid dan membantu kelab memenangi enam kejuaraan Liga Juara-Juara selepas pernah bermain di Tottenham Hotspur di awal kariernya.
Swansea gagal mendedahkan berapa banyak yang dilaburkan oleh pemenang anugerah Ballon d’Or itu pada 2018 tetapi dia menyuarakan keterujaan dengan peluang untuk menggunakan pengetahuannya untuk membantu kelab dari Wales, yang bermain dalam divisyen dua bola sepak Inggeris.
Modric berkata di laman sesawang rasmi kelab: “Ini adalah peluang yang menarik. Swansea mempunyai identiti yang kuat, asas penyokong hebat dan cita-cita untuk bersaing di peringkat tertinggi.
“Bermain di peringkat tertinggi, saya percaya saya boleh memberikan pengalaman saya kepada kelab.
“Sasaran saya ialah untuk menyokong perkembangan kelab dalam satu cara positif dan untuk membantu membina masa depan yang menarik.”
Fokus semasa Modric ialah perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Arsenal Rabu ini, dengan pasukannya tewas 0-3 pada perlawanan pertama.
Kontraknya di Bernabeu akan tamat pada akhir musim ini.
Keputusan Modric untuk melabur ke dalam sebuah kelab bola sepak menyusuli tindakan rakan sepasukannya di Real Madrid, Kylian Mbappe dan Vinicius Junior yang masing-masing melabur di kelab Ligue 2, Caeon dan kelab Portugal, FC Alverca.
“Saya teruja di mana Luca sudah menyertai kelab sebagai pelabur dan pemilik bersama,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Swansea, Tom Gorringe.
“Tiada model contoh lebih baik dalam sukan ini untuk pemain kami, dari akademi sehingga ke skuad utama.”
Swansea ketika ini berada di tangga ke-12 Liga Kejuaraan.

https://www.utusanborneo.com.my/2025/04/15/modric-kini-pemilik-bersama-swansea
Pages: [1]
View full version: Modric kini pemilik bersama Swansea


ADVERTISEMENT