sfhzuraz Publish time 15-4-2025 03:38 PM

Polis kesan lelaki warga Myanmar untuk jadi saksi kes bunuh

Polis kesan lelaki warga Myanmar untuk jadi saksi kes bunuh

Oleh BERNAMA - April 15, 2025 @ 6:25am



https://assets.bharian.com.my/images/articles/Logo_Polis_1744669508.jpg


BUKIT MERTAJAM: Polis sedang mengesan seorang lelaki warga Myanmar untuk menjadi saksi penting perbicaraan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Tinggi Butterworth, di sini, 5 Mei depan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata lelaki itu dikenali sebagai Zakariah Sarajuddin, 46, beralamat di No 520A, Kampung Permatang Batu, di sini.
"Penama ini dikehendaki hadir ke mahkamah sebagai saksi penting bagi membantu menyelesaikan kes bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu bunuh yang sedang dalam perbicaraan, pada jam 8 pagi 5 Mei nanti," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai saksi terbabit boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor R Kirubanathan melalui talian 013-435 1269.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/04/1384506/polis-kesan-lelaki-warga-myanmar-untuk-jadi-saksi-kes-bunuh




Pages: [1]
View full version: Polis kesan lelaki warga Myanmar untuk jadi saksi kes bunuh


ADVERTISEMENT