Terengganu rancang naik taraf litar permotoran
Terengganu rancang naik taraf litar permotoranApril 14, 2025 @ 11:23pm
https://assets.bharian.com.my/images/articles/kfd_1744644215.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim (lapan kiri) ketika menyambut Qabil Irfan Azlan di Lapangan Terbang Antarabangasa Sultan Mahmud, minggu lalu. Foto: NSTP/Malik Muhamad
Oleh Malik [email protected] TERENGGANU: Kejayaan dua pelumba muda kelahiran Terengganu di pentas antarabangasa mendorong kerajaan negeri untuk memperkasakan lagi sukan permotoran itu.
Terdahulu pelumba berbakat negara, Hakim Danish Ramli, 17 dan Qabil Irfan Azlan, 13 mencuri tumpuan dunia selepas masing-masing meraih kejayaan yang begitu membanggakan dalam beberapa kejohanan antarabangasa disertai.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kejayaan dua pelumba itu mendorong kerajaan negeri untuk menaik taraf litar sukan itu di negeri ini.
"Kerajaan negeri berbangga dengan pencapaian cemerlang dan luar biasa dilakar dua pelumba muda kelahiran Terengganu itu di pentas antarabangsa kerana ianya bukan mudah untuk diraih.
"Pengorbanan Hakim Danish dan Qabil Irfan serta keluarganya perlu mendapat sokongan semua pihak serta diberikan pengiktirafan yang sewajarnya atas pencapaian masing-masing selain seharusnya dijadikan contoh kepada pelumba muda lain.
"Bagi memastikan sukan itu terus berkembang dan cemerlang, dalam masa terdekat kerajaan negeri akan menaik taraf litar permotoran sedia ada yang bakal dikelolakan oleh bapa Qabil Irfan.
"Pada masa sama kita juga bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menganjurkan beberapa aktiviti bagi menyemarakkan lagi sukan permotoran ini dalam misi melahirkan lebih ramai bakat baharu.
"Antara perkara yang bakal dilaksanakan bawah KBS ialah 'track day', mereka akan buat di litar yang kita ada untuk memberikan pendedahan kepada bakat baharu kerana kita tidak mahu ketinggalan sebaliknya akan menyambung usaha ini," katanya ketika ditemui di Kuala Nerus.
https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/04/1384462/terengganu-rancang-naik-taraf-litar-permotoran
Pages:
[1]