sfhzuraz Publish time 14-4-2025 01:40 PM

Piastri takluk Litar Sakhir dari petak utama

Piastri takluk Litar Sakhir dari petak utama

April 14, 2025 @ 9:24am




https://assets.bharian.com.my/images/articles/sakir14425a_1744593866.jpg
Pemandu McLaren, Oscar Piastri meraikan bersama trofi di podium selepas memenangi perlumbaan Grand Prix Bahrain di Litar Antarabangsa Bahrain, Sakhir. – Foto REUTERS


SAKHIR, Bahrain: Oscar Piastri meraikan perlumbaan Formula Satu ke-50 dengan kemenangan dari petak utama di Bahrain awal pagi tadi yang melonjakkannya ke tangga kedua keseluruhan dan tiga mata di belakang pendahulu kejuaraan yang juga rakan sepasukan McLaren, Lando Norris.
Norris terpaksa berpuas hati di tangga ketiga, sesudah berjuang daripada penalti lima saat kerana 'jump start' dari petak keenam grid.
Pemandu Mercedes, George Russell mengekang cabaran rakan senegaranya dari Britain, menafikannya penamat kedua kali ketiga berturut-turut dalam perlumbaan tegang bagi beberapa pusingan terakhir.
Russell dipanggil ke steward kerana didakwa melanggar peraturan sistem pengurangan 'drag' tetapi mereka memutuskan untuk tidak mengenakan penalti, dengan keputusan disahkan.
"Ia satu hujung minggu luar biasa, bermula dengan kelayakan semalam (kelmarin) dan cuba menamatkan tugas hari ini dengan bergaya amat bagus sekali," kata Piastri, yang menang dengan perbezaan 15.499 saat di sebalik tempoh kereta keselamatan yang menjejaskan pendahuluan awalnya.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sakir14425b_1744593869.jpg
Pemandu McLaren, Oscar Piastri melepasi garisan penamat untuk menjuarai Grand Prix Bahrain. – Foto REUTERS

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sakir14425c_1744593871.jpg
Pemandu McLaren, Oscar Piastri meraikan kemenangan pada Grand Prix Bahrain. – Foto REUTERS

"Jelas sekali ia satu perlumbaan yang amat penting buat kami, khusus buat pemilik pasukan kami dan ia litar yang tidak pernah menyebelahi kami. Jadi amat bagus untuk merakam kemenangan pertama buat pasukan (di Bahrain)," tegas pemandu dari Australia itu.
Sejak Grand Prix pertama di Sakhir pada tahun 2004, McLaren tidak pernah menang di litar padang pasir itu yang menjadi hos perlumbaan tempat sendiri bagi pemegang saham terbesar pasukan Britain itu.
Piastri turut muncul pemandu pertama mengulangi kemenangan dalam empat perlumbaan.
Norris kini mengumpul 77 mata berbanding Pistri 74, dengan McLaren mendahului 151 mata dalam kejuaraan pengeluar dan Mercedes di tangga kedua dengan 93.
"Saya rasa pada mulanya saya terlalu jauh ke belakang, jadi saya cuba mengejar ke hadapan dan terkial-kial ke hadapan tetapi melakukan sebaliknya," kata Norris mengenai kegagalannya pada permulaan.
"Kali pertama saya melakukan ini dalam hidup saya. Tidak sepatutnya berlaku, tetapi ia berlaku - dan saya dihukum kerananya." – REUTERS

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sakir14425d_1744593874.jpg
Pemandu McLaren, Oscar Piastri (kiri) mendahului pada selekoh pertama Grand Prix Bahrain. – Foto REUTERS

https://assets.bharian.com.my/images/articles/sakir14425e_1744593877.jpg
Pemandu Mercedes dari Britain, George Russell (kiri), Oscar Piastri, prinsipal pasukan McLaren, Andrea Stella dan Lando Norris bergambar di podium selepas perlumbaan tamat. – Foto AFP




Pages: [1]
View full version: Piastri takluk Litar Sakhir dari petak utama


ADVERTISEMENT