tatod Publish time 5-4-2025 09:08 PM

Nampak orang mengintai, tiba-tiba lampu tertutup… Konvoi 2 kereta datang beraya waktu Maghrib hampa tuan rumah tak jawab salam


BUDAYA kunjung-mengunjung setiap kali tibanya musim perayaan menjadi aktiviti terbaik untuk mengukuhkan hubungan antara satu sama lain.

Namun dalam keterujaan menyambut Aidilfitri, seorang lelaki meluahkan rasa terkilannya ketika hendak beraya di rumah ibu saudaranya.

Mana tidaknya, kunjungan mereka sekeluarga yang sudah berada di hadapan rumah seolah-olah tidak dipedulikan.

"Dua hari lepas, kami semua (dua buah kereta) nak datang beraya di rumah makcik. Bapa mentua naik kereta dengan aku dan ibu mentua naik kereta satu lagi.

"Ingat nak tumpang solat sekali sebab masa tu dah Maghrib. Sampai rumah makcik, tengok kereta semua ada, lampu pun terbuka.

"Lepas bapa mentua turun untuk buka pintu, rupanya berkunci. Kemudian dia beri salam. Tak sampai 10 saat, nampak kelibat orang mengintai di sebalik pintu. Datang seorang lagi mengintai juga, tapi masih tak buka pintu," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.


Tidak terhenti di situ, pengadu berkata bapa mentuanya cuba menghubungi ibu saudaranya tetapi tidak berjawab.

"Call tak dapat, jadi ayah mentua beri salam kali kedua. Tup, tup mereka tutup lampu. Terkejut aku sebab tengok mereka buat macam tu.

"Terus spontan aku cakap... jom gerak ayah, sebab mereka dah tutup lampu tu. Tapi ayah mentua macam cuba lagi tapi masih tak dapat dan kemudian masuk kereta.

"Masa undur kereta nak keluar tu, ibu mentua tanya kereta apa yang ada, jadi aku ke depan balik untuk periksa," ujarnya.


Namun alangkah terkejutnya apabila lampu di rumah ibu saudara dihidupkan semula.

"Geleng kepala aku tengok mereka macam tu. Lepas dah beritahu apa info yang mak mentua nak tahu, kami gerak balik.

"Lepas singgah di masjid nak solat Maghrib, masa ni rupanya ayah mentua dah WhatsApp adik dia beritahu... along datang nak beraya, bagi salam tak ada orang jawab. Lepas tu tutup lampu, tak nak bagi kami masuk ke?

"Lepas tu makcik tu telefon beritahu dia dalam tandas dan macam-macam alasan lain. Dia suruh ayah mentua datang balik. Tapi ayah mentua aku masih lagi jawab baik-baik berita nak kena balik awal," jelasnya.

Bagaimanapun niat pengadu untuk berkongsi rasa terkilan dengan insiden itu disambut rasa kurang senang warga maya.

Rata-rata menegur tindakan lelaki itu sekeluarga yang mahu datang beraya di rumah orang pada waktu Maghrib kerana dianggap tidak sesuai.

"Kalau ye pun nak beraya, jaga adab dan jangan main terjah je. Nak datang rumah orang kami isi perut dulu, jadi tak menyusahkan tuan rumah nak masak macam-macam.

"Waktu yang dilarang berkunjung ke rumah orang adalah tengah hari, Maghrib dan tengah malam.

"Telefon dulu sebelum datang rumah orang. Kalau dah sampai depan rumah, bagi salam tiga kali. Tak ada orang buka pintu, balik je terus. Kalau tahu adab, tak timbul luahan panjang macam ni.

"Tak sesuai datang waktu Maghrib. Tuan rumah nak solat dan masa agak singkat kalau nak melayan tetamu. Ramai tak peka hal begini," demikian antara komen netizen. - mStar

chinta89 Publish time 6-4-2025 11:04 AM

dik, tlg la jgn dtg waktu maghrib dan terjah2 gitu. kdg org tak ready terima tetamu, waktu maghrib kot...

ledigugu Publish time 6-4-2025 05:03 PM

Datang beraya waktu siang sudah ler. Malam kasi ler tuan rumah dan tuan2 yg nak beraya rehat pulak.

SalenaGomez Publish time 7-4-2025 12:28 PM

Kannnn … SG mmg menyampah jenis yg suka suki dtg sergah rumah org mcm tu je. Xde adab.Kalau nk dtg, call dulu, lepas tu tgk masa sesuai ke x, kalau dtg sergah je pastu org x buka pintu, x perlu nak kecik hati n up pulak dlm medsos. Berlapang je hati. Bukan ko pegi balik rumah sendiri, ni rumah org ya. Nak dtg beraya rumah org tapi perasan mcm rumah sendiri. Org lain pon ada letih penat, nak family time duduk bermesra dgn anak2 cucu2 sendiri ke atau pon maybe time raya ni kewangan gawat. Nanti bila hidang air je, mengata pulak

Jitu Publish time 7-4-2025 12:39 PM

teruknya

nnt ada apa2 kematian ke hapa klu sedara mara tak datang jgn marah pula ye ;P

Supersirap Publish time 17-4-2025 05:06 PM

Nak datang ziarah rumah saudara atau sesiapa mesti maklumkan dahulu dan bukannya main terjah datang, kasihan pada tuan rumah yang memang tidak bersedia untuk menerima pengunjung

afie_m Publish time 21-4-2025 10:11 AM

main terjah ja ke, tak call dulu...kdg ada masa2 kita tak nak gangguan, mungkin bila call tuan rumah, akan standby apa yg patut..selesaikan apa yg patut..kalau main terjah ja..aku pun tak suka..
Pages: [1]
View full version: Nampak orang mengintai, tiba-tiba lampu tertutup… Konvoi 2 kereta datang beraya waktu Maghrib hampa tuan rumah tak jawab salam


ADVERTISEMENT