sfhzuraz Publish time 3-4-2025 06:35 PM

Momen indah 4 generasi rakam potret penuh memori

Momen indah 4 generasi rakam potret penuh memori

Audrey [email protected]




https://assets.hmetro.com.my/images/articles/deramanramai1_1743674438.jpg
KELUARGA besar Allahyarham Talib Muhammad dan Rokiyah Yaakob dengan 80 cucu dan 174 cicit, adalah bukti kuasa perpaduan, dengan setiap ahli berkongsi ikatan mendalam yang dipupuk melalui perhimpunan tahunan, lawatan keluarga istimewa dan kenangan bersama. FOTO Ihsan Ustaz Mohd Naim Salleh



Kepala Batas: Kira-kira 250 ahli keluarga Allahyarham Talib Lebai Muhammad dan Rokhiyah Yaakob mengambil peluang untuk berkumpul pada hari kedua Aidilfitri, baru-baru bagi merakam potret keluarga dalam suasana ceria yang menyentuh hati.
Perhimpunan membabitkan empat generasi berkenaan menjadi tradisi keluarga terbabit sejak 1990-an bagi memupuk keharmonian di antara mereka agar hubungan yang terjalin berpanjangan.
Walaupun perjumpaan keluarga menjadi acara tahunan, namun kali terakhir foto keluarga berskala besar diambil pada 2007, dengan yang pertama pada 1995 diikuti pada 1999.
Perhimpunan pada tahun ini diadakan di rumah Talib dan Rokhiyah di Bertam, di sini, yang menampilkan keturunan empat generasi dari anak sulung pasangan itu iaitu Abdullah, 81, hingga ahli keluarga termuda, Amanda Sofina Ahmad Luthfi, yang akan berusia empat bulan pada 19 April ini yang juga cicit.
Cucu Allahyarham Talib, Ustaz Mohd Naim Salleh, 45, berkata perhimpunan tahunan itu diadakan sebagai penghormatan kepada warisan keluarga di mana arwah datuk dan neneknya sudah meletakkan asas bagi keluarga yang erat ini selama beberapa dekad.
"Kami mula mengadakan perhimpunan ini selepas datuk saya meninggal dunia pada 1990-an.
"Apabila kami mengambil foto keluarga pertama pada 1995, terdapat lima generasi dalam satu bingkai, begitu juga pada 1999 dan 2007.
"Tahun ini adalah kali pertama kami mengambil potret keluarga tanpa arwah nenek saya di dalamnya," katanya kepada New Straits Times, hari ini.
Pegawai penyelaras kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga itu berkata, walaupun keluarga tiga daripada 12 adik-beradik bapanya tidak dapat hadir, semangat kebersamaan tetap utuh.
Sebagai cucu ke-24 dalam keluarga itu, Mohd Naim berkata, ikatan kuat keluarga berkenaan dihadap dapat terus membentuk identiti dan masa depan generasi mereka.
Menurutnya, pada masa sama dia berharap agar perjumpaan itu terus memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk mengekalkan hubungan erat mereka.
"Setiap tahun kami berkumpul tanpa perlu perancangan yang meluas kerana berlaku secara automatik.
"Justeru, kami berharap untuk melakukan ini (mengambil foto keluarga berskala besar) lagi dalam dua tahun dengan penyertaan setiap ahli keluarga dan meneruskan warisan nenek moyang kami, mengekalkan tradisi ini hidup untuk generasi akan datang," katanya.
Keluarga itu yang merangkumi 80 cucu dan 174 cicit adalah bukti hubungan harmoni di mana setiap ahli berkongsi ikatan mendalam yang dipupuk melalui perjumpaan tahunan, perjalanan keluarga khas dan kenangan bersama.
Salah satu momen yang tidak dapat dilupakan apabila sekumpulan cucu mendaki Gunung Kinabalu di Sabah pada 2014 ketika Mohd Naim berusia 34 tahun.
Selain itu, keluarga itu meneruskan tradisi melakukan korban dengan menyembelih dan mengagihkan daging kepada penduduk.
Walaupun dua daripada 12 adik-beradik sudah meninggal dunia, warisan hubungan keluarga dan kebersamaan tetap berterusan.


Disiarkan pada: April 3, 2025 @ 6:00pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1203820/momen-indah-4-generasi-rakam-potret-penuh-memori



Pages: [1]
View full version: Momen indah 4 generasi rakam potret penuh memori


ADVERTISEMENT