sfhzuraz Publish time 3-4-2025 05:55 PM

Keluarga mangsa serangan anjing Rottweiler mahu ambil tindakan undang-undang

Keluarga mangsa serangan anjing Rottweiler mahu ambil tindakan undang-undang

Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 3, 2025 @ 5:10pm [email protected]




https://assets.bharian.com.my/images/articles/6300820687018901826_1743671443.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria (kiri) ketika melawat mangsa yang diserang anjing jenis Rottweiler di hospital semalam. - Foto Facebook EXCO


BALING: Keluarga kepada mangsa serangan anjing Rottweiler di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di sini, kelmarin mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing itu.
Ia berikutan serangan berkenaan memberi kesan trauma yang mendalam kepada mangsa, apatah lagi insiden serupa pernah berlaku membabitkan seorang pensyarah warga Mesir pada Disember 2022.
Nur Na'im Baharuddin, 36, berkata mereka sekeluarga mahu menuntut keadilan buat ibu, Khadijah Abdullah, 66, yang menjadi mangsa pertama serangan itu.
"Ibu saya cedera teruk, kulit kepala terkoyak, luka gigitan dalam anggota badan serta bengkak teruk di muka selepas terjatuh ketika cuba melarikan diri.
"Kami sudah melantik peguam dan akan meneruskan tindakan sebaik sahaja ibu pulih serta laporan perubatannya lengkap," katanya ketika dihubungi hari ini.
Nur Na'im berkata mereka sekeluarga kini memberi tumpuan untuk menjaga ibu yang masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman perumahan itu, Abdulazim Abdul Hamid, 57, mengesahkan empat mangsa lain juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Dari perbualan saya dengan mereka, mereka bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang secara bersama," katanya.
Sementara itu, pemilik anjing, Chong Shen Chong, 69, memohon maaf kepada mangsa dan mengakui itu hak mereka untuk mengambil tindakan undang-undang.
"Saya sudah melawat mangsa di hospital dan memohon maaf, saya faham mereka masih dalam keadaan emosi selepas kejadian itu.
"Salah seorang daripada mereka memberitahu bercadang untuk meneruskan tindakan undang-undang dan itu adalah hak mereka," katanya ketika dihubungi.
Chong mendakwa, insiden itu berlaku selepas dua anjing Rottweiler berusia empat tahun itu melarikan diri dari kandang kira-kira jam 2 pagi selepas berlaku pergaduhan dengan sekumpulan anjing liar di luar rumahnya.
Dia turut mendakwa mempunyai bukti rakaman video mengenai kejadian itu.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1380060/keluarga-mangsa-serangan-anjing-rottweiler-mahu-ambil-tindakan




Pages: [1]
View full version: Keluarga mangsa serangan anjing Rottweiler mahu ambil tindakan undang-undang


ADVERTISEMENT