sfhzuraz Publish time 3-4-2025 04:54 PM

Kedah rangka garis panduan larang anjing baka garang, berbahaya dipelihara di kawasan perumahan

Kedah rangka garis panduan larang anjing baka garang, berbahaya dipelihara di kawasan perumahan

Oleh Noorazura Abdul Rahman - April 3, 2025 @ 1:53pm [email protected]




https://assets.bharian.com.my/images/articles/mansor_lawat_%281%29_1743659611.jpg
Foto ihsan Facebook Mansor Zakaria


BALING: Kerajaan Kedah sedang merangka satu garis panduan bagi melarang anjing baka garang dan berbahaya dipelihara di kawasan perumahan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria, berkata ia susulan insiden lima individu diserang dua anjing peliharaan jenis Rottweiler yang terlepas di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil di sini, kelmarin.
"Saya bersama beberapa pihak terbabit, termasuk wakil penduduk, telah berjumpa dengan pemilik anjing berkenaan. Hasil perbincangan yang berlangsung dengan harmoni, pemilik telah bersetuju untuk menyerahkan anjing miliknya itu kepada Pejabat Veterinar untuk dilupuskan.
"Anjing jenis garang ini tidak sesuai dibela di taman perumahan. Tambahan pula, sudah ada dua kes dan kali ini membabitkan lima mangsa. Ini sangat serius.
"Oleh itu, kita merangka garis panduan. Selepas ini, berkemungkinan besar kita tidak akan membenarkan anjing spesies garang dibela di kawasan perumahan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mansor berkata, beliau juga sudah melawat kesemua mangsa berkenaan membabitkan tiga yang dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan dua lagi di hospital swasta di Sungai Petani.
Beliau memaklumkan bahawa semua mangsa terbabit berada dalam keadaan agak stabil, dengan ada yang terpaksa menjalani pembedahan akibat digigit anjing berkenaan.
"Luka mereka agak parah dan kesemuanya mengalami trauma. Mereka berharap kes ini dapat diselesaikan sebaik mungkin.
"Oleh itu, kita sedang merangka garis panduan bagi mengelakkan perkara seperti ini daripada berlaku lagi," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1379976/kedah-rangka-garis-panduan-larang-anjing-baka-garang-berbahaya




Pages: [1]
View full version: Kedah rangka garis panduan larang anjing baka garang, berbahaya dipelihara di kawasan perumahan


ADVERTISEMENT